MIDORI JAPANESE RESTAURANT, MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA | Bukan Sekadar Makanan Jepun
MIDORI JAPANESE RESTAURANT, MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA | Bukan Sekadar Makanan Jepun | Berlokasi di Midori Japanese Restaurant, abam kaw dan rakan sepejabat telah menerima jemputan untuk meraikan kejayaan selepas selesai melakukan suatu projek besar bersama-sama staf jabatan tempat abam kaw kerja. Kire macam reward atas penat lelah kita sepanjang program.
Untuk entri makan-makan kali ni, abam kaw bawakan restoran yang sedikit unik yang ada bau-bau makanan jepun. Sebelum tu jom abam kaw bawak pembaca semua jalan-jalan melihat keadaan restoran ini.
![]() |
Ruang santai |
Ruang lepak minum ini disediakan bagi mereka yang suka konsep santai lepak-lepak untuk minum. Dengan dekorasi batuan yang sangat kearah keJEPUNan ini menaikkan lagi konsep jepun disini. Secara peribadi, abam kaw sangat suke dengan dekorasi ini. LESS IS MORE.
![]() |
Ruang makan terbuka |
Ruang makan disini terbahagi kepada 2 jenis ruang iaitu ruang makan terbuka dan ruang makan tertutup yang lebih kepada private function.
![]() |
Ruang makan tertutup |
![]() |
Keadaan ruang makan tertutup |
Secara peribadi, abam kaw suke dengan kosnep yang diberikan disini iaitu LESS IS MORE. Cukup sesuai dengan apa yang MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA berikan.
Baiklah, untuk menu makan kali ni, abam nak bagi tau yang abam kaw ni jenis yang sedikit kureng dengan makanan yang berkonsep JEPUN ni. Tapi korang jangan risau sebab mereka menyediakan makanan yang kearah barat. Kiranya lokasi ala-ala jepun tapi makanan ala-ala barat. Hahaha
![]() |
Tropical Fruit Salad Yogurt and Pistachio Nut |
Tropical Fruit Salad Yogurt and Pistachio Nut - menu pembuka selera sebuah plate yang didalamnya buah-buahan yang didadu sekata dan disirami dengan krim yogurt dan ditaburi dengan kacang pistachio diatasnya. Memang sangat berlainan dan pertama kali abam kaw rasakan. Sedikit masam dek kerana yogurt dan manis-masni daripad buah-buahan campuran.
![]() |
Seafood Corn Chowder with Cheese Crouton |
Seafood Corn Chowder with Cheese Crouton - Dimulakan dengan 'bubur' barat iaitu campuran makanan laut didalam sup krim cheese yang sangat berkrim. Hidangan makanan laut didalamnya adalah sangat fresh dan yesss abam kaw ni jenis boleh rasa samada fresh atau tidak makanan laut tersebut & kesemuanya adalah yang fresh.
![]() |
Roasted Chicken Pizza, Corn, Spinach, Jalapeno and BBQ Sauce |
Roasted Chicken Pizza, Corn, Spinach, Jalapeno and BBQ Sauce - Yess ini menjadi pilihan abam kaw disini. Pizza ayam yang ditaburi dengan jagung, sayuran, buah zaitun dan juga sos yang digunakan adalah lain dari yang lain. Betullah orang kata yang pizza dari MARRIOTT HOTEL PUTRAJAYA ini adalah pizza yang asli dari Italy.
![]() |
Grill Supreme Chicken with Broccoli, Cheese, Wild Mushroom Cream Sauce |
Grill Supreme Chicken with Broccoli, Cheese, Wild Mushroom Cream Sauce - Menu ini adalah menu utama masa abam kaw makan. Ayam yang dipanggang enak ini dan juga ditampilkan bersama sayur brokoli dan dibakar dengan cheese menjadikan makanan ini sangat berlainan. Sos berkrim cendawan ini juga menjadikan hidangan ayam panggang ini suatu yang hebat !
![]() |
Pan-Fried Seabass Wild Mushroom, Chat Potatoes and Lemon Capers Sauce |
Pan-Fried Seabass Wild Mushroom, Chat Potatoes and Lemon Capers Sauce - Hirisan isi dori yang sangat segar ini dan juga dipanggang dengan elok dan disimbahi dengan sos lemon menjadikan hidangan barat ini sangat menjadi. Abam kaw selalunya makan makanan barat yang telah di fusion kan, tetapi hidangan ini asli dari barat.
![]() |
Caramelize Banana with Vanilla Ice Cream |
Caramelize Banana with Vanilla Ice Cream - Hidangan pencuci mulut yang sangat sedap. Pisang yang direbus dan disalut dengan rasa karemel menjadikan sesuatu yang menarik. Ditambah dengan hirisan coklat dan juga ais krim vanila menjadikan pemanis mulut ini kelihatan sangat barat walaupun menggunakan pisang sebagai bahan utama.
Untuk hidangan seperti ini, harga sekepala akan dicas sebanyak RM50 net. Bagi abam kaw agak berbaloi kerana bahan yang digunakan memang korang hanya boleh tengok kat stesen-stesen tv oversea jeee. huhuhuh.
Kepada semua yang teringin untuk menikmati hidangan seperti ini, korang boleh terjah ke:
MIDORI JAPENESE RESTAURANT
Marriott Hotel Putrajaya
Putrajaya.
RM50 je...murah tu...tengok semua makanan sedap sgt oh my leh cuba ni nanti...
ReplyDeleteok la tuu..utk tempt eksklusif....
ReplyDeleteRestoran jepun...tapi sediakan makanan barat juga...best juga ni...yang suka makanan jepun.yang suka makanan barat pesan makanan barat...
ReplyDelete