Tempat Makan Sedap Kajang | D' Warung Bawal
Tempat Makan Sedap Kajang | D' Warung Bawal | Berlokasi di Sungai Kantan Kajang bersebelahan Sekolah Agama Sungai Kantan Kajang, abam kaw telah mencuba tempat makan yang boleh dikatakan taste abam kaw untuk melepak dikala makan tengahari atau malam.
Tempat makan sedap kajang yang dipanggil D' WARUNG BAWAL ini adalah sebuah warung santai yang teletak ditepi jalan laluan keluar masuk dari Sungai Kantan ke Pekan Kajang.
![]() |
Lokasi yang santai |
Lokasinya yang agak santai menjadikan antara lokasi pilihan pengunjung untuk makan disini. Bagi abam kaw sendiri secara peribadi, lokasi ini adalah lokasi yang boleh menjadi tempat lepak abam kaw lepas ni. Memang tempat makan sedap boleh abam kaw kelaskan.
![]() |
Pelbagai jenis menu |
Walaupun nama warung ini adalah D'WARUNG BAWAL, mereka bukan menjual makanan berasaskan bawal sahaja tetapi macam-macam makanan.
Keunikkan warung ini adalah menu yang ditonjolkan disini dalam bentuk gorengan panas. Pelbagai jenis gorengan seperti ayam, ikan bawal, ikan keli, ikan talapia dan burung puyuh dijual disini. Pengunjung hanya perlu memesan apa yang diingini dan mereka akan goreng secara terus. Jadi korang akan menerima gorengan yang panas-panas dari kuali.
![]() |
Makanan pilihan |
Ini lah makanan pilihan abam kaw. Set ikan bawal dan juga set ayam. Untuk pengetahuan tempat makan sedap kajang ini menyedia menu dalam bentuk set. Setiap set akan dihidangkan sekali dengan kuah kari, ulam-ulam, sambal belacan dan juga air asam kicap bawang yang sangat sedap dengan harga RM6.00 setiap set. Tempat makan sedap untuk dikongsi bersama pembaca blog abam kaw ni haa.
So bagi sesiapa yang ingin mencuba boleh ke alamat:
D'WARUNG BAWAL
Jalan Sungai Kantan (bersebelah Sekolah Agama Sungai Kantan)
Bandar Kajang
kat Maydin USJ pun ada jugak org jual style gini masakan nyer...
ReplyDeletewoi lapar
ReplyDeletebaru makan kt sini minggu lepas..tmpt dia agk kotor sbb bau longkang yg airnye tak mengalir..agak loya tekak membaunya....mkanannya pun biasa sahaj..last la pegi sini..maafla klau terasa hati dengan komen jujur ini..
ReplyDelete