Cabaran 30 Hari | Hari 1 - 5 Fakta Berkenaan Ahmad Fauzi Aryaan

Cabaran 30 Hari Fauzi Aryaan

Cabaran 30 Hari | Hari 1 -  5 Fakta berkenaan Ahmad Fauzi Aryaan | Baiklah, sepanjang 30 hari dibulan September 2014 ini, korang akan abam sajikan dengan segala informasi perkrnalan berkenaan dengan diri abam kaw ni haaa supaya selepas habis cabaran 30 hari ni, korang akan mengetahui apa yang abam kaw suka, apa yang abam tak suka secara terperinci yee. Hehehe

Jadi jom kita mulakan !!

5 Fakta berkenaan Ahmad Fauzi Aryaan

#1 GEMAR MELIHAT ORANG BERFESYEN 

Bagi yang belum mengenali abam kaw dengan terperinci, abam kaw memang gemar melihat orang yang berfesyen. Sekiranya keluar berjalan-jalan, abam kaw akan melihat ragam manusia sekeliling yang berfesyen. Bukan untuk mengkritik mana-mana fesyen yang kurang senang, tapi sekadar mengambil perhatian untuk diri sendiri.

Kadang kala abam kaw rela membeli segala majalah yang berkaitan dengan fesyen sekadar mencuci mata dan sekiranya bersesuaian dengan jiwa dan keberanian, abam kaw akan mencuba. Dari MASKULIN, REMAJA, MEN HEALTH semua abam kaw akan beli dan selak satu persatu dan bahagian yang paling suka adalah fesyen.

#2 SUKA MAKAN PEDAS

Nasi goreng kampung pedas 1!!!

Begitulah abam kaw, nasi goreng kampung yang telah sedia pedas masih ingin untuk ditambah kepedasan tu. Bagi abam kaw, selagi tak keluar peluh jantan menitik-nitik makanan tu tak berapa KAW pedas. Memang abam jenis yang suka makan pedas.

Bukan sekadar nasi goreng, segala makanan yang agak pedas sangat abam kaw gemari seperti masak asam pedas, masak lemak cili api dan kalau makan masakan yang agak kurang pedas, abam kaw akan cuba meminta cili potong supaya ade kesan-kesan pedas didalam makanan itu.

#3 SUKA GIGIT KUKU

Ni 1 lagi fakta yang abam kaw nak dedahkan. Hehehe. Abam kaw adalah seorang manusia yang suka gigit kuku. Entahlah dah habit kot abam kaw gigit kuku jari tangan sedari kecil. HANYA JARI TANGAN jeee yee, jejari kaki abam kaw tak pernah buat. Korang jangan buat onar dengan memaki hamun abam kaw yee. Hehehe

Apa rasa bila dapat gigit kuku? Rasanya adalah ibarat terlepas daripada himpitan manusia-manusia masam didalam train dikala pulang dari kerja jam 6 petang. Haaa korang dapat bayangkan yee betapa nikmatnya. Huhuhu

#4 SAYANG BRIAN KHALIS ARYAAN

Yesss abam kaw memang sayang sangat pada Brian Khalis Aryaan. Siapakah beliau? Baliau adalah kenderaan berbumbung abam kaw. Myvi SE 1.5 berwarna kuning ini adalah kesayangan abam kaw yang sudah berusia setahun 4 bulan dimasa ini.

Kenapa mesti dia?? Kerana dialah mengajar abam berkomitmen didalam kewangan diri. Biarlah tak makan, tak shopping janji 'nafkah' bulanan abam kaw terhadap dia terlunas. Dialah Brian Khalis Aryaan.

#5 SUKA KUCING

Abam juga seorang yang suka kucing. Bagi abam kucing ni adalah binatang yang sangat tenang dan sabar dan sesekali akan menguji kesabaran dikala musim mengawan dan juga musim mengada dia sampai. Haa itu bukan abam yee. Hahahaa

Abam kaw memupnyai seekor kucing yang diberi nama Nafisah Diazora Aryaan atau nama manja dia Baby yang berusia dalam 2 tahun. Kadang-kadang dialah tempat abam kaw meluahkan segala cerita tak kira suka atau duka. Walaupun dia tidak memberi respon apa-apa tapi geselan yang diberiakn cukup untuk melepaskan segala apa yang dirasa. Terima kasih Nafisah Diazora Aryaan.

Naaahhh tu dia 5 Fakta Berkenaan Ahmad Fauzi Aryaan dihari pertama untuk tugasan CABARAN 30 HARI ini. Semoga perkongsian ini dapatlah kita berkongsi apa yang kebetulan mempunyai persamaan bersama pembaca blog abam kaw ni haa yee.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mejengah blog Ahmad Fauzi Aryaan ini. 

Comments

  1. dah nampak dah ciri suka berfesyen tu heheheh tq sudi join tq abam pap pap

    ReplyDelete
  2. hahhaah, baru ku tahu ko suka gigit kuku, nasib baik x suka gigit kaki ekekeeke

    ReplyDelete
  3. fakta ke-6
    Setiap ayat abam, abam tak kan lupa untuk masukkan "pap pap pap" sehinggakan dah jadi tagline seantero Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah laaa tu tak reti nak ngarang ayat laa wehh.. hahaaa

      Delete
  4. ok... sayang gak kucing.. tp xde slot dah.. heee

    ReplyDelete
  5. Kerlasssss sangat name keter tu... terus terinzal bile dgr nama mcm tu... haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa hebat kan nama jee dh bole mengundang keinzalan kannn.. hhahaha

      Delete
  6. Abam sep sep!!! Kita cat lover jugakkk wiiwiwwiii

    Www.idabaharum.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN