Cabaran 30 Hari | Hari 5 - Tiga Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih
Cabaran 30 Hari | Hari 5 - Tiga Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih | Cabaran 30 hari telah masuk hari ke 5. Topik yang diberikan juga semakin mendalam bagai nak korek cerita silam baam kaw yeee.
Tiga Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih adalah topik yang diberikan untuk entri kali ini. Adus macam mana laa ye abam kaw nak buka bicara menulis berkenaan isu ni. Hmmm
Apakah Tiga Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih?
#1 Awak rugi tinggalkan saya
Yesss awak rugi tinggalkan saya adalah antara perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih. Kerana apa? Kerana dahulu memang abam kaw tiada apa, zaman orang kata zaman susah, apa pun abam tiada masa dulu.
Alhamdulillah, berkat doa mak abah, abam sudah merasa sedikit demi sedikit kesenangan dan kebahagiaan. Abam punya kerjaya dan sedikit kemasyhuran yang DIA berikan membuatkan abam terasa sedikit dihargai, bahagia dan agak berubah berbanding kepada kebaikan berbanding dahulu yang tiada apa-apa. Alhamdulillah syukur....
#2 Jangan Kembali
Orang kata kalau sudah meludah, agak jijik untuk kita jilat balik. Begitu juga abam, sekiranya apa yang terjadi, biarkan dia berlalu pergi. Masa dan keadaan telah berubah. Anggap apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang mendewasaan kita bersama. Kita berusaha mencari kebahagian masing-masing dengan cara masing-masing.
Apa pun abam bahagia dengan apa yang abam rasai dan abam puas dengan segala susah senang yang abam pernah alami. Pengalaman yang mendewasakan abam. Tolong jangan kembali.
#3 Semoga Bahagia
Begitu juga dengan abam, perpisahan ini adalah sebuah ilmu yang besar dalam kehidupan. Lumrah dalam kehidupan. Tak gitu??? Apa pun semoga bahagia dengan kehidupan awak. Kita boleh menjadi sahabat sembang dan sahabat pinjam bahu bak orang kata. Semoga bahagia hendaknya.
Fiuuhhh berpeluh ketiak becak dah abam kaw rasa nak manulis topik ni. Memang tidak tercapai akal abam nak berkongsi kisah didalam penulisan blog kepada pembaca blog Ahmad Fauzi Aryaan nanti.
Terbaik! heheheheh.. Semoga abam bertemu dengan jodoh yang terbaik.. Amin
ReplyDeleteMatang.3 kata kata yg matang. :)
ReplyDeletepaling suka yang rugi tu hehehe
ReplyDeletesalam cabaran 30hari.. bw & follow sini :)
ReplyDeleteFiwit, bila abam berbicara
ReplyDeleteKlu dia mk kembali jugak ke pangkuan abam?