Classique Koir Kebangsaan Malaysia | Menggegar Di Auditorium DBKL
Classique Koir Kebangsaan Malaysia | Menggegar Di Auditorium DBKL | Bertempat di Auditorium DBKL telah berlangsung Konsert Classique Koir Kebangsaan Malaysia anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara yang memsembahkan lagu-lagu yang bergenre klasik barat dan juga timur oleh 40 orang koir dari kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia. Konsert ini akan berlangsung pada 20 & 21 September 2014.
Abam kaw berkesempatan untuk melihat sendiri kemeriahan yang berlaku disana. Sebenarnya ini adalah kali pertama abam melihat persembahan secara langsung didepan mata. Perasaan adalah sangat-sangat teruja dan membayangkan sesuatu yang terbaik.
Kemeriahan Konsert Classique Koir Kebangsaan Malaysia
Didalam majlis tersebut telah diadakan majlis pelancaran album Koir Kebangsaan Malaysia, Voice of Harmony yang menampilkan 11 buah lagu antaranya Puteri Santubung, Lancang Kuning, Kopi Susu dan banyak lagi dimana harga RM20.00 sebuah.
![]() |
Majlis pelancaran Album Koir Kebangsaan Malaysia. Kredit pic DIKBEE |
Koir Kebangsaan Malaysia Menggegar Di Auditorium DBKL
Didalam Konsert Classique ini, Koir Kebangsaan Malaysia mempersembahkan rangkaian 22 buah lagu-lagu daripada klasik melayu seperti inang, zapin, keroncong dan joget serta klasik barat yang terdiri daripada lagu era renaissance hingga ke era romantik.
Rangkaian Lagu Klasik Barat
![]() |
Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia |
Mereka ini telah dilatih oleh jurulatih vokal yang tershor iaitu Shafinaz Selamat, penyanyi bersuara soprano terkemuka Malaysia dan dibantu oleh Pengarah Koir Kebangsaan Malaysia sendiri iaitu Tunku Marina Tunku Dato' Zubir serta Amri Zane sebagai jurulatih dan konduktor bagi kumpulan ini.
![]() |
Gabungan 4 orang berpadu suara |
![]() |
Kehebatan lontaran suara perseorangan |
Bagi segmen pertama, lagu klasik barat yang meraka bawakan adalah seperti Funiculi Funicula, Weep you no more, Sad Fountains, Les Filles De Cadix, Brautgesang, Susanna or via sortite dan banyak lagi. Kesemua lagu yang mereka dendangkan adalah sangat terbaik dengan susuanan suara yang harmoni bagaikan didalam hayalan abam kaw rasa.
![]() |
Kehebatan suara ditambah dengan sedikit sketsa didalam persembahan |
Rangkaian Lagu Klasik Melayu
Kesemua lagu yang dibawa oleh mereka ini telah dipilih dan diteliti serta digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Jadi tiada istilah pelik akan kedengaran sewaktu persembahan berlangsung.
![]() |
Puteri Ledang |
![]() |
Dia Datang |
![]() |
Bentan Telani |
![]() |
Medley Masri Manis dan Inang Tua |
![]() |
Joget Selambak |
Bgai rangkaian lagu klasik melayu, Koir Kebangsaan Malaysia ini telah membawa beberpa lagu daripada koleksi klasik ini seperti Puteri Ledang, Dia Datang, Jalak Lenteng dan Joget Hitam Manis, Sayang di sayang, Bentan Telani dan banyak lagi.
Kesimpulan Classique Koir Kebangsaan Malaysia
Apa yang abam kaw boleh simpulkan disini adalah konsert yang sangat hebat ini telah membuatkan abam berada didalam dunia khayalan sebentar dek vokal harmoni mereka yang mengalunkan sebnyak 22 buah lagu daripada genre klasik barat dan juga klasik melayu sungguh mengasyikkan.
Kami sebagai penonton turut terhibur dengan kebudayaan barat melalui pemakaian orang melayu dan juga rentak lagu melayu asli serta visual dan grafik yang sangat menarik sepanjang persembahan.
Pendek kata abam sangat-sangat terhibur dan sangat-sangat teruja dengan kehebatan vokal yang dimiliki oleh 40 orang ahli Koir Kebangsaan Malaysia ini.
![]() |
Bersama rakan blogger lain |
Terima kasih abam ucapkan kepada Cik Paris Ashikin dari Majalah Destination Malaysia kerana menjemput kami sama-sama untuk merasai pengalaman menghayati persembahan koir ini dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana menerima kehadiran kami sepanjang majlis berlangsung.
Bagi anda yang ingin menonton persembahan Classique Koir Kebangsaan Malaysia ini, anda semua boleh terus ke Auditorium DBKL dan terus mendapatkan tiket yang berharga RM30, RM20 dan RM10 disana.
CEPAT...KERANA MALAM INI ADALAH MALAM TERAKHIR PERSEMBAHAN !!!
siyes aku ingat koir ni just dok dalam barisan dan cuma nyanyi je... hahaha
ReplyDeleteSANGAT TERUJA
ReplyDeleteAbam jangan #TakHajak next time tau!