Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES
Jenama Kasut XES | Majlis Perkenalan Duta XES | Bertempat di XES Premium Outlet yang terletak di Hicom-Glenmarie Industrial Estate Shah Alam, abam kaw dan beberapa rakan media telah dijemput untuk kesebuah majlis perkenalan dan menandatangani suatu kontrak sebagai Duta bagi sebuah jenama kasut buatan tempatan iaitu XES.
![]() |
Koleksi XES |
Jenama kasut XES ini adalah bukan sebuah jenama asing bagi penghasilan kasut di Malaysia kerana mereka telah berada didalam pasaran Malaysia sejak 2002. Berpegang pada tagline "Superior Comfort for Happy Feet" menjadikan sesiapa yang memakainya akan merasai keselesaan bila menggayakannya.
Perkenalan Jenama Kasut XES
Bila memasuki premis jenama kasut XES ini, abam kaw bagaikan dirasuk apa bila melihat pelbagai jenis kasut dan juga beg. Malangnya tiada beg bagi lelaki dijual disini. Kesemua yang dipamerkan ini adalah sangat cantik dan memang menepati citarasa abam kaw yang suka sangat mencuba sesuatu dalam fasyen.
![]() |
Keadaan premis XES |
Pelbagai jenis kasut daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak turut dipamerkan disini dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai. Memang kalau abam banyak duit abam akan rembat sebarang dua untuk kolksi disini. Wowww sangat rekaan kasut mereka.
![]() |
Pelbagai jenis kasut wanita |
![]() |
Koleksi kasut santai wanita |
Selain menekankan konsep rekaan dan harga yang berpatutan, disini abam nak tekankan lagi bahawa rekaan bagi jenama kasut XES ini adalah hasil buatan tangan, tahan lasak, tapak yang tidak licin dan yang paling penting adalah jenama kasut XES ini adalah hasil buatan Malaysia.
![]() |
Koleksi kasut lelaki |
![]() |
Koleksi Sandal |
![]() |
Koleksi kasut formal |
Sehingga kini jenama kasut XES telah dibuka dibanyak cawangan serata Malaysia dan dianggarkan lebih kurang 80 premis jenama kasut XES ini. Jadi bagi pembaca blog abam kaw ni, korang sudah boleh mula untuk mencari-cari dimana jenama kasut ini.
![]() |
Koleksi kasut kanak-kanak |
Majlis Perkenalan Duta XES
Selain perkenalan dengan jenama kasut XES ini, majlis ini adalah bertujuan untuk memperkanalkan duta bagi jenama kasut XES ini.![]() |
Pengacara majlis |
Majlis ini diacarakan oleh PR Manager bagi jenama kasut XES mereka iaitu Cik Sabrina Quigley Chin yang juga merangkap pelayan kami sepanjang majlis berlangsung. Abam suka cara beliau melayan kami dengan begitu mesra sekali. TQ Miss !!
![]() |
Cik Mik Pun bersama pengarah XES |
Akhirya duta bagi jenama kasut XES telah diumumkan. Beliau adalah Cik Miko Pun Chiew Yoek. Untuk pengetahuan semua Cik Miko ini baru berusia 22 tahun dan pernah menyertai Miss Global International Malaysia 2014. Memang sesuai laaa beliau dilantik sebagai duta bagi jenama ini kerana beliau bagi abam sudah cukup pakej untuk menjadi seorang duta.
![]() |
Selesai sesi perkenalan duta XES |
Sebagai duta jenama kasut XES,
beliau akan mendapat banyak keistimewaan diantaranya ialah kontrak
bernilai RM16,000 termasuk RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan
sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015, pemberian kasut bernilai
RM3,600 selama setahun dan RM3,900 untuk iklan di dalam media massa.
Bertuah Miss Miko menjadi duta bagi jenama ini.
Hadiah kasut XES
Selesai majlis perkenalan dengan duta bagi kasut XES ini, kami para blogger dibenarkan untuk membuat pemilihan 1 pasang kasut bagi lelaki dan wanita samada kasut atau beg tangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah dari jenama kasut XES ini.
Bagai mengantuk disorongkan bantal bila pengumuman begitu diberikan. Woww !!! Jadi kami semua pun masing-masing bergeges untuk memilih rekaan kasut supaya rekaan yang dipilih tidak menjadi pilihan orang lain. Hehehee.
![]() |
Masing-masing sedang sibuk. Kredit MAWARDI |
Masa yang diberikan kami gunakan dengan sebaik mungkin kerana boleh dikatakan semua rekaan kasut XES ini adalah cantik-cantik belaka dan yang paling penting ianya sangat selesa.
![]() |
Bersama rekaan kasut masing-masing. Kredit MAWARDI |
Abam kaw juga tidak melepaskan peluang untuk mencari dan mencuba beberapa jenis rekaan dan akhirnya sepasang kasut santai telah abam pilih untuk dibawa pulang.
![]() |
Blogger bersama duta XES dan juga PR Manager bagi jenama kasut XES. Kredit MAWARDI |
Apa pun abam ucapkan terima kasih kepada rakan blogger KitePunye kerana menjemput kemajlis ini dan ribuan terima kasih kepada Miss Sabrina kerana menerima kehadiran kami semua rakan blogger ke premis jenama kasut XES ini sekaligus ke majlis perkenalan duta XES ini.
Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri koleksi rekaan dari jenama kasut XES ini, korang boleh singgah di HQ outlet dialamat berikut:
Bagi sesiapa yang ingin melihat sendiri koleksi rekaan dari jenama kasut XES ini, korang boleh singgah di HQ outlet dialamat berikut:
XES PREMIUM
No. 2 Jalan Angkasawan U1/39
Sec U1,Hicom Glenmearie Industrial Estate.
40150 Shah Alam
FB: XES Shoes
Email: info.xesshoes@gmail.com
Telefon: 03-55695743
Best kan shopping...
ReplyDeleteTunggu ...
bestnya koranggg..dapat bawak balik ni..
ReplyDelete