Magic Fest Putrajaya 2014 | Medan Pakar Ahli Silap Mata Dari Seluruh Dunia
Magic Fest Putrajaya 2014 | Medan Pakar Ahli Silap Mata Dari Seluruh Dunia | Bermula 12 sehingga 15 September 2014, Putrajaya International Convension Centre (PICC) menjadi medan ahli pakar silap mata dari seluruh dunia berkumpul dan berentap untuk menjadi yang ahli silap mata terbaik dunia.
Program yang mendapat sambutan hangat dari ramai pengunjung menjadikan PICC suatu tempat tumpuan sepanjang majlis ini berlangsung.
Terima kasih kepada Miss Kumari, Public Relation PICC kerana menjemput abam kaw dan rakan media lain untuk sama-sama merasai pengalaman dan melihat sendiri dengan mata kepala kehebatan pakar ahli silap mata dunia ini bersaing di atas pentas.
Kemeriahan Magic Fest Putrajaya 2014
Sepanjang 4 hari berlangsung, dimana 3 hari pertama adalah pertandingan melibatkan ahli silap mata dari seluruh dunia berentap untuk memenangi hadiah yang sangat lumayan sekali gus menyandang gelaran juara bagi kategori masing-masing.
Abam kaw sempat untuk hadir pada malam ke-3 dimana pertandingan akhir kategori Malaysian Open Magic Competition diadakan.
Terasa sangat teruja bila diberi peluang melihat sendiri depan mata kehebatan pakar-pakar ini melakukan aksi silap mata.Pertunjukkan ini yang memakan masa lebih kurang 3 jam sangat dipenuhi dengan aksi yang sangat teruja. Setiap peserta menampilkan aksi silap mata yang berlainanan. Keaslian dan ketulenan setiap silap mata itu diukur bagi mencari pemenang.
Diakhir pertandingan, pemenang bagi kategori ini diumumkan. Malaysia telah menjuarai pertangdingan bagi kategori Malaysia Open Magic Competition.
![]() |
Juara - Rosen Roy (Malaysia). Kredit DIKBEE |
![]() |
Naib Juara - Patch magic (Thailand). Kredit DIKBEE |
![]() |
Ketiga - Sora (Jepun). Kredit DIKBEE |
![]() |
Jang Young Su (Korea). Kredit DIKBEE |
![]() |
Ko Yong Jing. Kredit DIKBEE |
![]() |
Marky & Bonnie (Taiwan). Kredit DIKBEE |
![]() |
Barisan pemenang. Kredit DIKBEE |
![]() |
Media bersama pemenang. Kredit ZULHILMI |
Secara keseluruhan, majlis ini sangat meriah dan penuh dengan keterujaan. Abam sangat-sangat asyik dan sangat teruja dengan setiap aksi yang ditunjukkan oleh setiap pemain silap mata.
Persembahan Malam Gala
Pada malam terakhir iaitu pada 15 September 2014 adalah malam yang paling seronok kerana pada malam tersebut akan diadakan malam gala dimana ahli silap mata tersohor dunia akan membuat pertunjukan dan menunjukkan kemahiran masing-masing.
Pada persembahan malam gala tersebut, abam akan hadir untuk melihat juga kehebatan mereka. Jadi nantikan update abam untuk persembahan malam gala tersebut.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh mendapatkan info disini.
MAGIC FEST @PUTRAJAYA
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Precinct 5, 62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia
2° 53′ 42″ N, 101° 40′ 36″ E
2.895, 101.676667
Email : magicfestputrajaya@picc.com.my
Tel : +603 8887 6000
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Precinct 5, 62000 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia
2° 53′ 42″ N, 101° 40′ 36″ E
2.895, 101.676667
Email : magicfestputrajaya@picc.com.my
Tel : +603 8887 6000
hensem hensem nyaaa magician kat sini.. wahhhh terdode ai.. eh eh eh XD
ReplyDeleteaku suka MC yg baju hitam tu... lawak gileee
ReplyDeleteSy pn ada malam final Malaysia Open tu. Best!!
ReplyDeletehttp://mrsjaysblog.blogspot.com/2014/09/magic-fest-putrajaya.html?m=1
syok klau dok area KL, mcm2 event bloger boleh join ~ http://mohdkhairi9197.blogspot.com/
ReplyDelete