Makanan Baba Nyonya | Melaka Nyonya Village
Makanan Baba Nyonya | Melaka Nyonya Village | Rugi rasanya bila berkunjung disesuatu tempat kita tidak mencuba keistimewaan yang ada ditempat tersebut terutamanya makanan. Tempoh hari abam kaw dan rakan blogger telah berpeluang untuk merasai percutian di Negeri Melaka dan akhirnya sempat merasai makanan baba nyonya di sini.
Keistimewaan Melaka Nyonya Village
![]() |
Keadaan restoran |
Apa yang menarik di Melaka Nyonya Village ini adalah terletak kepada budaya warisan yang diterapkan didalam restoran ini dari segi makanan dan juga tarian. Abam kaw sendiri sangat teruja dengan apa yang abam sendiri lihat. Kebiasanya abam hanya melihat didalam TV tentang budaya baba nyonya dan ini pertama kalinya dengan mata sendiri.
![]() |
Meja makan berkonsep baba nyonya |
Untuk pengetahuan semua, Melaka Nyonya Village adalah satu-satunya restoran yang memperkenalkan keunikkan lengkap baba nyonya didalamnya. Bermula dengan dekorasi restoran, pemakaian pelayan tetamu dan yang yang paling unik adalah tarian baba nyonya yang akan dipertontonkan kepada tetamu dan menjadi satu-satu restoran di Negeri Melaka yang mempersembahkan tarian baba nyonya semasa tatmu makan.
![]() |
Pelayan dengan busana baba nyonya |
Bagi abam kaw, dekorasi yang diterap didalam restoran ini menjadi identiti bagi masyarakat baba nyonya yang harus dijaga supaya apa sejarah yang adalah ini menjadi tinggalan kita untuk anak-anak zaman hadapan.
![]() |
Tarian baba nyonya |
![]() |
Dekorasi lain didalam restoran |
Keenakan Makanan Baba Nyonya
Bila sebut makana baba nyonya ni, abam tak dapat bayangkan apa keunikan dalam masakan mereka. Jadi ini adalah peluang abam kaw untuk merasai masakan mereka.
Sebagai permulaan, kami dihidangkan dengan kuih muih masyarakat baba nyinya dan juga keropok dhal yang dicicah dengan sambal belacan. Memang agak berlainan kuih muih mereka berbanding kita masyarakat melayu dan ditambal dengan keunikan makan keropok bersama sambal belacan.
Selesai dengan makana pembukaan tadi, kami dihidangkan dengan menu-menu yang menyelerakan berkonsepkan makana asli baba nyonya.
![]() |
Ayam Pongteh |
Sekali tengok seperti ayam masak kicap. Tetapi inilah dia menua yang dipanggil AYAM PONGTEH. Menu tradisi masyarakat baba nyonya yang wajib ada didalam senarai makanan mereka. Ayam yang dimasak cara mereka dan ditambah dengan kentang empuk dan juga cendawan menjadikan makanan ini adalah yang terbaik bagi abam.
![]() |
Sayur campur bersama fucuk tauhu |
SAYUR CAMPUR BERSAMA FUCUK TAUHU ini juga adalah menu yang agak berlainan dengan menu kita masyarakat melayu. Biasanya bagi abam kaw, masyarakat melayu akan memasukkan segala jenis sayuran dan akhirnya menjadi sayur campur, tatapi mereka memasukkan elemen fucuk tauhu yang bagi abam sendiri amat jarang menjamahnya.
![]() |
Bendi celur bersambal |
BENDI CELUR BERSAMBAL ini menjadi pilihan abam kaw. Dengan rasa empuk bendi yang dicelur (rasanya dia celur) dan disimbahi dengan sambal pedas-pedas sedap menjadikan masakan ini sesuatu yang lain. Makan lauk sahaja pun dan kenyang.
![]() |
Sambal ikan bilis petai |
![]() |
Otak-otak kukus |
![]() |
Ikan goreng kerutuk |
IKAN GORENG KERUTUK ini juga sedap. Dengan kerangupan dan keunikkannya kerana dicicah dengan sambal yang lebih kurang serupa dengan sambal belacan.
Secara keseluruhannya apa yang abam boleh simpulkan, mereka gemar menggunakan sambal belacan didalam makanan mereka.
Lokasi Melaka Nyonya Village
Bagi mereka yang ingin merasai keunikan masakan baba nyonya ini boleh berkunjung ke alamat berikut:
Melaka Nyonya Village
178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka.
Telefon: 06-283 1178
Waktu perniagaan:
Mon - Fri: 6pm - 11pm
Saturday & Sunday: 11am - 3pm, 6pm - 11pm
Website: www.babanyonyamelaka.com
Terima kasih kepada Melaka Nyonya Village kerana menerima kehadiran abam kaw dan rakan blogger & media lain dan menghidangkan masakan yang sangat enak. Abam secara peribadi sangat menyukai masakan ini dan sekali lagi terima kasih berbanyak.
mana pic ko kena rasuk wei?
ReplyDelete