Blogger Award 2014 | Iktiraf Para Blogger
Blogger Award 2014 | Iktiraf Para Blogger | Bertempat di Restoran Pak John Steamboat & BBQ Wangsa Walk Mall , telah berlangsung suatu majlis yang dinamakan Blogger Award 2014. Tempoh hari kami telah merasai keadaan di Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Ecurve [SINI], Damansara, tetapi kali ini lokasinya bertukar ke Pak John Steamboat & BBQ di Wangsa Walk Mall.
Majlis yang diadakan dengan cukup meriah ini ditaja oleh Restoran Pak John Steamboat & BBQ beserta Kelab Komuniti Hai Blogger! dan dibantu oleh rakan media lain seperti Ebuzz Media, Voxscape dan eXplorasa.com.
Tujuan Majlis Blogger Award 2014
Majlis Blogger Award 2014 ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para blogger yang telah sama-sama turut serta didalam sebuah pertandingan "Food Review Pak John Steamboat & BBQ".
![]() |
Add caption |
Seramai 22 orang blogger yang turut serta didalam cabaran menulis berkenaan pandangan mereka terhadap Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini dan hanya 3 pemenang yang dipilih berdasarkan penilaian kepada penulisan yang telah mereka berikan.
![]() |
Jackie Tan - Manager |
Para pemanang bukan sahaja akan menerima piala penghargaan malah mereka akan menerima sejumlah wang tunai dimana jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan unutk para pemenang adalah berjumlah RM3000 tidak termasuk hadiah baucer yang sangat meriah.
Blogger Ikon
Sebelum majlis Blogger Award 2014 tempoh hari, majlis diteruskan dengan perkongsian bersama blogger icon iaitu pemilik blog eXplorasa, saudara Ishak Ismail dan juga vlogger yang agak berpengaruh, saudara Azfar. Beza antara mereka berdua adalah medium penyampaian dimana seorang menyampaikan melalui blog dan sorang lagi melalui bahasa badan atau lakonan.
![]() |
Pemilik eXplorasa |
Pemilik kepada blog eXplorasa ini berkongsia dengan semua yang hadir berkenaan dilema seorang blogger didalam niche berbentuk makanan dimana rata-rata blogger yang hadir untuk food review tidak diberikan bayaran dan hanya cukup dengan memberikan makan secara percuma.
Sesetangah pemilik restoran tidak mengetahui bahawa pengaruh blog boleh membantu didalam sebahagian daripada promosi bagi perniagaan mereka dan mereka tidak mengetahui apa yang ditulis oleh blogger akan kekal selamanya sehingga tidak dipadam didalam enjin carian.
Hari ini kebanyakkan orang akan cuba mencari lokasi makanan yang sedap dengan enjin carian google. Melalui kata kunci yang sesuai, lokasi makan yang sedap yang ingin dicari pasti akan ditemui.
![]() |
Azfar- vlogger |
Berbeza dengan blogger, vlogger biasanya berkongsi rasa dengan menggunakan bahasa badan atau lakonan untuk menyampaikan sesuatu. Azfar adalah salah seorang vlogger yang menyampaikan apa yang dirasa melalui apa yang abam kaw sampiakn tadi. Sebenarnya abam kaw ada juga menjengah youtube yang dihasilkan dan yesss, agak layan dengan lakonan mereka.
Menu Di Pak John Steamboat & BBQ
Selain majlis Blogger Award 2014, ni haaa bahagian yang abam kaw sangat suka iaitu makan time !!!
Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat & BBQ menyediakan tempat yang konsudusif dan juga makanan yang berkonsepkan buffet dimana korang boleh makan sampai terpitam. Hehehe..
Keunikkan pakej buffet disini adalah jenis sup mereka yang pelbagai seperti sup tulang, sup tomyam, sup kari, sup miso, sup ayam dan sup udang. Korang boleh jengah ke entri abam kaw yang bercerita kemeletopan restoran ini di [SINI]
![]() |
Sos pencicah yang sangat sedap |
![]() |
Pelbagai jenis makanan laut |
Memang sangat mengiurkan laa dengan segala menu yang idsediakan disini. Korang pasti tak akan rasa rugi dengan servis yang diberikan.
Pengumuman Pemenang
Saat yang ditunggu oleh semua orang adalah pengumumaan pemenang bagi mereka yang telah menulis entri berkenaan Pak John Steamboat & BBQ tempoh hari.
![]() |
Para pemenang |
Tahniah abam kaw ucapkan kepada tempat pertama NADIA JOHARI, tempat kedua MAHA MAHU dan tempat ketiga dimenangi oleh ELLIE TOH.
![]() |
Bersama hadiah masing-masing |
Apa pun abam nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pak John Steamboat & BBQ kerana memilih abam kaw sebagai salah seorang penerima Blogger Award 2014 tempoh hari. Ini adalah antara kenangan yang berharga bagi abam sepanjang berblog.
![]() |
Sijil dan juga goodies yang diberikan |
Sebelum pulang kami diberikan hadiah yang sangat banyak iaitu stok bahan-bahan untuk steamboat untuk dirasai. Penuh 1 bekas ais ni hadiah dari pihak penaja kepada kami semua.
![]() |
Bekalan steamboat |
Terima kasih kepada CB FROZEN SDN BHD kerana menaja bekalan steamboat yang sangat banyak untuk para blogger didalam majlis Blogger Award 2014 ini.
Bagi korang yang nak merasai steamboat & BBQ yang tiada had, korang boleh mencubanya di WANGSA WALK MALL pula.
Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Website: www.pakjohn.com
Facebook: PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO
Instagram: #pakjohnsteamboatbbq
tahniah kepada semua pemenang..igtkan abam pap pap menang gak hehe
ReplyDelete