Elite Edgy EFX | Produk Penggayaan Rambut Terbaik

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Elite Edgy EFX | Produk Penggayaan Rambut Terbaik | Boleh dikatakan lelaki hari ini sangat mengutamakan gaya rambut dalam kegiatan harian mereka. Kaum Adam lazimnya akan memperuntukkan sedikit waktu untuk berdandan dihadapan cermin sebelum melangkah keluar.

Begitu juga dengan abam kaw, keadaan rambut menjadi aset yang sangat penting didalam melakukan kegiatan seharian. Kalau pakaian sudah hebat meletup pap pap pap, tak kan kita tidak fokus kepada penggayaan rambut kan??

Elite Edgy EFX, Produk Penggayaan Rambut Terbaik

Secara kebiasaannya minyak rambut, gel atau wax antara jenis produk rambut pilihan lelaki. Namun kebanyakannya sekadar tahu penggunaan asas tanpa mengambil berat perihal kesesuaian gaya rambut mengikut panduan rasmi penampilan.

Maka dengan adanya produk penggayaan ELITE EDGY EFX ini dapat membantu dalam penggayakan rambut menjadi lebih style dan lebih tredy. 

Apa itu ELITE EDGY EFX?? ELITE EDGY EFX adalah produk penggayaan rambut terbaik dimana produk ini telah dipercayaai oleh ramai pakar rambut. Ramai pakar penggayaan rambut percaya produk ini mudah digayakan dengan hanya mengunakan jari sahaja [SINI].

Produk Elite Edgy EFX

Untuk kali ini produk Elite Edgy EFX hadir dengan 3 keadaan iaitu FIBER, WAX dan CLAY. Dimana masing-masing punyai kelebihan masing-masing dan boleh memberi impak tersendiri sekiranya pandai menggunakan dengan cara yang betul.

Elite Edgy EFX Spiky Wax Fiber

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Fiber
- Untuk penampilan yang lebih santai 
- Sesuai untuk rambut yang pendek 
- Pengayaan lebih kepada rambut pacak
- Tahap kekerasan: 7/7
- Tahap bersinar: 4/7

Elite Edgy EFX Rugged Matte Wax

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Wax
- Untuk kelihatan lebih ranggi dan berkeyakinan 
- Sesuai untuk rambut yang pendek dan sederhana panjang
- sesuai untuk 'outing' dan untuk hadiri acara tertentu
- Tahap kekerasan: 5/7
- Tahap bersinar: 1/7

Elite Edgy EFX Wavy Loose Clay

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan
Clay
 - Untuk kelihatan lebih santai dan sempoi 
- Sesuai untuk rambut yang panjang 
- Pengayaan kepada rambut beralun 
- Tahap kekerasan: 6/7
- Tahap bersinar: 4/7

Pandangan Kepada Produk

Secara peribadi abam merasakan ketiga-tiga produk ini memang sangat sesuai dengan kehendak abam yang gemar lebih kepada rambut yang jenis kepuk-kepuk dan sedikit pacak serta kadang kala ingin kelihatan karakter 'budak baik'.

Tidak kira jenis Fiber, Wax atau Clay, mereka boleh memberikan gaya yang diinginkan untuk abam kaw keluar bersosial mahupun untuk menjalankan kerja seharian.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Selain mampu memberikan gaya yang diinginkan, abam sangat suka dengan bau yang diberikan oleh produk ini. Produk ini memang wangi dan sangat menyenangkan. Itu adalah kriteria abam dalam memilih produk penggayaan rambut.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Dan yang terakhir, produk Elite Edgy EFX ini sangat mudah untuk dicuci. Hanya dengan mengalirkan air biasa sahaja, produk ini akan luntur daripada terus melekat dirambut. Yesss ini juga sangat memudahkan abam akw untuk bersiap.

Elite Edgy EFX Fauzi Aryaan

Apa pun abam senang dan selesa selama menggunakan 3 jenis produk dari rangkaian Elite Edgy EFX ini. Terima kasih kepada Elite Edgy EFX kerana mengeluarkan produk penggayaan lelaki terbaik buat masa ini. Terima kasih juga kerana mempercayai blog Ahmad Fauzi Aryaan untuk edisi product review.

Comments

  1. Untunglah abam pap pap pap nie

    Jadi model la tak lama lagi ek

    #TakHajak
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  2. harap tak menyekat aliran air ke kepala dan rambut....nanti tak sah plak ibadah kita orang islam....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR