Tips Melawat Universal Studio Singapore | Informasi Penting

USS Fauzi Aryaan

Tips Melawat Universal Studio Singapore | Informasi Penting | Bila sebut Universal Studio Singapore, abam kaw pasti ramai yang sudah berpengalaman untuk sampai kesana. 

Abam pernah mengimpikan untuk sampai kesana dan pada 20 Oktober 2014 tempoh hari, abam kaw dan 2 orang teman abam telah selamat sampai kesana. Perasaan abam kaw adalah sangat teruja ok !! Maklumlah ini adalah kali pertama sampai kenegara yang orang kata antara negara yang terbersih.

USS Fauzi Aryaan
Kami bertiga
Untuk entri kali ni, abam kaw nak berikan tips melawat Universal Studio Singapore. Walaupun ianya sebuah negara yang paling dekat dengan negara kita, tetapi informasi penting ini abam harap dapat membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang ingin merasai pengalaman disana.

============================================

USS Fauzi Aryaan

Tips Melawat Universal Studio Singapore


  1. Minum pagi, roti & air mineral - Sebelum bergerak ke Universal Studio Singapore, abam nasihatkan korang untuk sarapan terlebij dahulu dan kemudian bawa sedikit bekalan seperti roti dan juga air mineral. Makanan ringan dibenarkan untuk dibawa masuk dan jangan sehingga korang bawa mangkuk tingkat untuk masuk. Memang kena hambat nanti. Hehehe
  2. Tiada chewing gum, & rokok - Bagi mereka yang merokok, bilangan yang dibenarkan dibawa masuk adalah sebanyak 18 batang sahaja dan negara Singapore adalah negara larangan kepada chewing gum.
  3. Ambil pakej untuk ke Universal Studio Singapore -  Untuk yang ni abam telah membeli pakej termasuklah bas pergi-balik dan juga tiket masuk yang bernilai RM175.00 sahaja. Ambil pakej seawal 7.30 pagi supaya korang akan tiba disana sebaik sahaja pintu Universal Studio Singapore dibuka lebih kurang 9.30-10.00 pagi.
  4. Bawa pasport - Pasport perlu dibawa untuk kesana. Sebenarnya abam ingatkan untuk merentasi keseberang sana tidak memerlukan pasport, tetapi pasport ini diperlukan semasa pemeriksaan keluar dan masuk di imigresen Singapore nanti. 
  5. Pakai seluar - Untuk memudahkan pergerakkan, memakai seluar adalah yang terbaik semasa berada disini. Ada sesetengah permainan akan memberi halangan sekiranya menggunakan seluar. 
  6. Tidak perlu DSLR - Bagi mereka yang suka bergambar, cukuplah sekadar menggunakan kemera telefon atau pun kamera kompak. Ini kerana sesetengan permainan memerlukan kita meninggalkan barang-barang dan menjadi risiko meninggalkan camera DSLR korang nanti. 
  7. Cukup sekadar bersandle - Bagi abam, pemakaian sandle berikat adalah terbaik kerana ade permainan yang pengunjung akan basah dan permainan yang tergantung seperti roler coster. Tidak perlu beriya sangat dengan kasut dan segala kasut tinggi. Hehe
  8. Ambil peta Universal Studio Singapore - Ini juga info penting. Dengan menggunakan peta, korang boleh jangka permainan yang korang perlu tuju dahulu. Bagi abam secara peribadi, selepas korang masuk kedalam Universal Studio Singapore, korang terus tuju kedalam dan bergerak kesebelah kanan dan terus tuju ke kawan bertema NEWYORK dan juga SCI FI dimana disana terdapat permaiann yang sangat seronok iaitu Transformer. Abam pasti selepas selesai pusing 1 Universal Studio Singapore korang akan kembali untuk masuk kesana semula.
  9. Sediakan wang cukup - Secara peribadi abam hanya menukar sebanyak 100 dolar bersamaan Rm258. Duit itu cukup untuk membeli beberapa cenderamata dari sana sebagai tanda kehadiran kita disana. Untuk pengetahuan korang semua, harga barang disana lebih kurang je dengan Malaysia. Seperti harga t-shirt di Malaysia Rm30 dan disana 30 dolar, makan di Malaysia RM6 dan disana 6 dolar, cuma korang jangan cuba untuk congak dengan menukar kembali dengan matawang kita kerana memang korang akan sakit hati sebab harganya yang agak mahal kerana 1 dolar singapore bersamaan RM2.85. 
  10. Ruang solat - Jangan risau bagi kita sebagai muslim kerana di Universal Studio Singapore mereka menyediakan surau yang sangat selesa untuk pengunjung. Urus masa korang untuk melakukan solat secara jamak supaya tidak terlalu berebut dengan jemaah-jemaah lain. 
  11. Pilih hari bekerja - Abam telah memilih hari bekerja untuk berkunjung disana kerana secara logiknya hari bekerja adalah waktu dimana ramai akan bekerja dan Universal Studio Singapore sedikit lengang dan mudah untuk kita merasai setiap permainan yang ada disini. 

Informasi penting ini abam harap dapatlah korang guna untuk melawat Universal Studio Singapore


USS Fauzi Aryaan

Terima kasih Universal Studio Singapore untuk pengalaman ohsem untuk edisi percutian ringkas abam kesini.

Comments

  1. nice tips abam poji.. lain kali nak pergi lah.. nak bawak siapa yea.. nanti lah...

    ReplyDelete
  2. tips abam kau memang memberi manfaattttttttt~

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...tips yg amat berguna...nak melancong ke Singapura juga nanti...tggu masa suami free yeyeee

    ReplyDelete
  4. memang terbaik untuk azney. minggu depan memang nak pergi USS

    ReplyDelete
  5. abam pojie, mana cite cruise nih? Tak dapat ikut dapat baca cite orang pun best jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN