Kris Dayanti Live in KL 2014 | Persembahan Mantap Kris Dayanti


Kris Dayanti Live in KL 2014 | Persembahan Mantap Kris Dayanti | Persembahan yang mantap dan sangat menghiburkan adalah perkataan yang boleh abam kaw katakan untuk persembahan Kris Dayanti Live in KL 2014 yang berlangung di Dewan Plenary KLCC. 

Tempoh hari abam kaw telah dijemput oleh rakan abam kaw untuk sama-sama menonton persembahan daripada primadona dari indonesia ini iaitu Kris Dayanti. Sejujurnya ini adalah pengalaman pertama abam kaw untuk melihat persembahan daripada beliau secara depan mata.

Sepanjang pengamatan abam kaw, ramai artis yang turut serta untuk menyaksikan persembahan daripada Kris Dayanti antaranya Fara Fauzana, Umi Nazirah, Dato' Shila Majid, Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Datin Umi Aida dan ramai lagi. Memang cukup meriah.


Persembahan yang memakan masalebih kurang 3 jam bukan sahaja persembahan secara solo, malah Kris Dayanti juga telah bersama-sama dengan anak beliau hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya Anang iaitu Aurel Hermansyah yang sangat cantik persisi ibunya dan juga Hafiz Suip yang sangat popular dengan lagu Matahari. 


Sepanjang persembahan kami didendangkan dengan agu-lagu daripada album beliau dan juga beberapa buah lagu daripada artis Malaysia seperti SINARAN - Dato' Shila Majid dan juga GETARAN JIWA - P. Ramlee


Yang menarik sepanjang konsert ini, Kris Dayanti telah mengenekan lebih kurang sedozen persalinan yang sangat unik sesuai dengan status diva Indonesia. 


Lebih unik apabila sampai disegmen duet. Beliau telah menjemput anak kandung beliau Aurel untuk mendendangkan 2 buah lagu. Yess agak unik gandingan ibu dan anak ini kerana masing-masing punya vokal tersendiri. 


Persembahan menjadi makin panas apabila Hafiz Suip muncul dengan lagu Matahari dan kemudian beliau berduet dengan Kris Dayanti dengan lagu MUARA HATI dan juga CINTA. 


Persembahan makin bingit apabila Kris Dayanti mula turun kepentas dan sempat menarik rakan baik beliau iaitu Dato' Siti Nurhaliza yang sedang duduk menonton untuk sama-sama berduet dengan lagu JIKA KAU TAK DATANG yang pada asalnya lagu tersebut secara original adalah lagu duet mereka berdua. Memang sebuah persembahan yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. 


Secara keseluruhan, abam sangat berpuas hati dengan persembahan Kris Dayanti Live in KL 2014 tempoh hari. Jutaan terima kasih kepada rakan abam yang sudi menjemput untuk sama-sama menyaksikan persembahan ini. 

gambar sumber: OHBULAN !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN