Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala

Teater Bangsawan Sinbad Fauzi Aryaan



Teater Bangsawan Sinbad | Dendam Ratu kala | Sekali lagi Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mementaskan sebuah pementasan yang bertajuk Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala yang merupakan sambungan daripada Teater Bangsawan Sinbad - Batu permata Dewa pada tahun 2009. 

Sinopsis Teater Bangsawan Sinbad

‘Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala’ mengisahkan tentang apa yang telah terjadi selepas kematian Ratu Sheeba, anak kepada Ratu Kala. Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya. Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan kerajaan Ratu Kala adalah di Alam Hitam.

Dia ingin memulakan pelayaran, sementara itu dia berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan. Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui kerajaan Ratu Kala. Sementara itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.

Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan pementasan teater ini, korang boleh saksikan teater ini:

Tarikh : 7, 8 dan 9 November 2014 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Bayaran masuk : RM 5 & RM 50 (Premier)

Atau boleh hubungi urusetia Teater Bangsawan Sinbad - Dendam Ratu Kala:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Tel : 03-26148200 / 012-287 3461 / 016-5539062 (Roy)/ 019-7082421 (As)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)