6 TIPS MENGAWAL PEMAKANAN
6 TIPS MENGAWAL PEMAKANAN | Korang jenis yang susah nak kawal makan? Jom abam kaw kongsi sedikit mengenai tips mengawal pemakanan.
Abam yakin korang semua samada lelaki mahupun wanita inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Susuk tubuh yang menarik dan sihat boleh meningkatkan kadar keyakinan seseorang didalam kegiatan seharian seseorang.
Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu dengan lebih berkesan?
Tips Mengawal Pemakanan
Ini abam kongsikan tip mengawal pemakanan supaya korang boleh gunapakai didalam kehidupan seharian.
1. Minum air masak dengan lebih banyak
Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.
Adakalanya korang merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Korang kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh. Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air masak sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.
2. Bersenam
Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!
3. Jangan lambat bersarapan!
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting. Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya, anda akan mengambil makan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.
4. Pengambilan protein ketika sarapan
Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
5. Pengambilan teh
Korang gemar kudap-kudapan , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan kudap-kudapan tersebut dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan.
Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
6. Makan dengan teratur
Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan korang daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan korang makan lebih banyak.
Semoga tips mengawal pemakanan yang abam kongsi ini diharap dapat membantu kearah kehidupan yang lebih sihat dan mejadikan tubuh yang lebih montok.
Adaptasi info : Women Online Magazine
Yg lain tu boleh konsider lagi... part bersenam tu ya ammmpunnn... malas giler... hahaha...
ReplyDeleteTu yang malas kan.. huhu
DeleteErrr, teh hijau mcm.. ok, xsdp. Hahaha. Bgus tip2 ni lg2 part air msk. Pe2 mmg kn air masak.
ReplyDeleteSame laaa.. air masak jee laa cukop kot ek..
DeleteBagus tips ni. Memang kalau betul2 ikut boleh kurus ni...tinggal nak ngn tak nak aje kan...
ReplyDeleteselalu brekfes karipap 3 biji ngn air koko jer, bila tghari mkn nasi ayam penyet ~ malam makan sup daging .. oh no.. skrg cpt rasa lapo hehehe
ReplyDeletejemputlah singgah blog sy: http://mohdkhairi9197.blogspot.com/