Avillion Port Dickson | Sebuah Percutian Ringkas


Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson | Sebuah Percutian Ringkas | Tempoh hari abam kaw dan 2 lagi rakan blogger yang juga keluarga bagi Projek Travel iaitu Mawardi Yunus dan juga Pena Berkala telah diberi peluang untuk menginap di Avillion port Dickson

Kami diberi peluang untuk menginap di Premium Water Chalet dimana chalet ini adalah chalet yang paling mahal yang ada disini. Abam kaw kalau tidak kerana diberi peluang begini, tak mampu abam kaw nak menginap secara sendiri. 

Secara peribadi, abam kaw tidak menyangka impian abam kaw untuk menginap di chalet ini termakbul. Terima kasih kepada Avillion Port Dickson kerana menerima kunjungan kami. 

Premium Water Chalet, Avillion Port Dickson

Sedikit informasi berkenaan Premium Water Chalet, Avillion Port Dickson. Chalet ini berinspirasikan dari perkampungan nelayan masyarakat melayu yang ditambah dengan konsep moden mewah dengan pancuran bilik mandi yang hebat dan juga pangkin untuk bersantai di siang hari. Ditambah pula dengan keempukan katil yang boleh memuatkan 4 orang didalam suatu masa. 

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan


Selain itu, Premium Water Chalet ini lebih menarik dengan kemudahan:

  1. Keluasan bilik 50.42 meter persegi
  2. Katil bertiang dan juga katil tambahan untuk 2 orang
  3. Pangkin untuk bersantai
  4. Balkoni peribadi yang menghadap Selat Melaka
  5. Sambungan WiFi
  6. Peti sejuk
  7. Kemudahan kopi dan teh

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Bagi abam kaw, chalet ini memang sesuai bagi mereka yang perlukan percutian priversi sambil menikmati alam semulajadi dan juga hempasan ombak yang mendamaikan. 

Avillion Port Dickson Fauzi Aryaan

Terima kasih kepada Avillion Port Dickson kerana menerima dan melayan kami sepanjang kami berada disini. Hari minggu kami terisi dengan penginapan yang sangat hebat dan menggembirakan untuk dikongsi bersama pembaca blog abam kaw ni haa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN