PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” | Pementasan Tradisi Melayu


PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” | Pementasan Tradisi Melayu | Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya akan membuat pementasan yang julung-julung kalinya kerjasama iaitu PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” . 

Untuk pengetahuan semua, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak pernah jemu untuk memperkenalkan kebudayaan yang ada di Malaysia kepada hadirin. Sepanjang tahun lepas abam kaw secara peribadi telah menonton lebih kurang 2 atau 3 pementasan yang diadakan di Auditorium Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Malam Gala Inspitari 2014 dan juga Teater Bangsawan Sinbad. 

Keunikan Mek Mulung "Putera Cahaya Bulan" 

Untuk siri PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” ini, keistimewaannya adalah teater yang mengangkat budaya Negeri Kedah. 


Selain itu pelakon yang akan menjayakan teater ini juga bakal menjadi penarik iaitu Arja Lee yang memegang watak utama Putera Cahaya Bulan, Izreen Azminda sebagai gadis desa, Hairi Safwan sebagai Wak Nujum dan ramai lagi pelakon lain. 

Pementasan yang akan mula dipentaskan pada 28 Feb 2015 dan 1 Mac 2015 akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur. Tiket akan dijual bermula pada harga RM23 sehingga RM83 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh menghubungi mereka di bahagaian Komunikasi Korporat di talian 03-26148200 / 013-545 9602 (En Roy) / 019-7082421 (As).

Akhir kata, sesiap untuk sama-sama menonton PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” yang sudah tentu akan meriah dengan warna-warni budaya Malaysia didalamnya. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)