FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam
FAIQA | Sup Merah Terbaik Di Shah Alam | Untuk edisi makan-makan abam kaw kali ini, abam ingin membawa pembaca semua kesebuah lokasi makanan yang unik iaitu di FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR. Apakah yang terbaik disini? Teruskan untuk membaca entri ini.
Berkata didalam hati abam kaw pada mulanya bagaimana rasa dan rupa sup merah yang akan dihidangkan. Adakah ianya pedas? Bagaimana pula bubur yang dihidangkan nanti? Semua itu menjadi teka teki bagi abam kaw.
Berlokasi di Food Court Anjung 7, Seksyen 7 Shah Alam dan bersebelahan dengan UNISEL, lot kedai FAIQA SUP MERAH DAN BUBUR tersergam kemas didalam bangunan Food Court Anjung 7 tersebut.
Terdapat 3 jenis sup merah yang mereka hidangkan iaitu sup merah daging, sup merah kambing dan sup merah gear box.
Menarik Faiqa Sup Merah & Bubur
Yang menariknya bagi Faiqa Sup Merah & Bubur adalah terletak pada sup merah yang mereka hidangkan. Bagi mereka yang pernah melawat ke kota Singapura, abam kaww pasti korang semua pernah merasai sup merah disana. Tetapi menu sup merah yang mereka hasilkan mempunyai sedikit kelainan dan kini berada di Shah Alam.Terdapat 3 jenis sup merah yang mereka hidangkan iaitu sup merah daging, sup merah kambing dan sup merah gear box.
Sup merah gear box kambing
Sup merah daging
Untuk set sup merah ini, sup ini akan didatangkan bersama roti perancis atau pun sepinggan nasi bergantung kepada permintaan pelanggan. Bagi abam kaw, makan dengan roti lagi best kot. Hehehe. Rasa sup merah ini sangat berlainan dengan sup yang biasa abam kaw makan. Sedikit masam-masam dari tomato puri menjadikan sup merah ini sangat berlainan dan sudah tentunya memang sedap.
Selain daripada rasanya yang menyelerakan, yang paling abam tertarik adalah harganya yang sangat berpatutan serta portion makan yang sangat banyak. Jadinya korang pasti akan kenyang untuk hidangan seperti ini.
Selain daripada signature mereka iaitu sup merah, mereka juga menampilkan bubur dengan pelbagai jenis lauk. Untuk kesemua hidangan bubur ini, mereka akan hidangkan sekali dengan kangkung, sambal kering, sambal belacan, ikan bilis garing, lobak jeruk, telur masin dan juga kicap untuk menambah perasa.
Pelbagai jenis bubur & lauk dengan harga yang sangat berpatutan
Bubur nasi + sup merah meat ball
Untuk hidangan bubur ini, abam kaw telah campurkan segala jenis kangkung, sambal kering, sambal belacan, ikan bilis garing, lobak jeruk, telur masin dan juga kicap kedalam bubur ini dan digaul mesra. Rasanya memang terbaik !!!
Bagi korang yang ingin merasai menu sup merah & bubur dari mereka, korang bolehlah ke:
FAIQA SUP MERAH & BUBUR
Lot 2, Ground Floor,
Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon 7/B,
40200, Selangor Seksyen 7,
Shah Alam
Facebook: FAIQA SUP MERAH & BUBUR
Instagram: @Faiqa_Food
Landmark: Bersebelahan UNISEL Shah Alam
Waktu perniagaan
ISNIN - TUTUP
Selasa - Khamis:12:00 tengahari -11:00 malam
Jumaat: 6:00 petang - 11:00 malam
Sabtu & Ahad :12:00 tengahari - 11:00 malam
Terima kasih kepada pemilik FAIQA SUP MERAH & BUBUR kerana menerima kehadiran kami rakan blogger bagi sesi food review makanan kalian untuk kali ini. Semoga perniagaan kalian akan berjaya dimasa hadapan. Amin
lapar terus tengok...lagi 20 minit nak pergi rehat!
ReplyDelete