AMAN PALESTIN | Dunia Patik Menyokong Aman Palestin
AMAN PALESTIN | Dunia Patik Menyokong Aman Palestin | Berlokasi di Hotel Bangi Putrajaya, patik & rakan blogger lain telah dijemput didalam Majlis Menandatangani MoU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin iaitu Heliza Helmi dan juga Maulana dan juga Kelab Blogger Ben Ashaari.
Turut hadir dimajlis tersebut adalah rakan korporat Aman Palestin seperti Hospital Islam Az-Zaharah, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), rakan penaja seperti COSMODERM dan juga PTS Publishing selain rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari serta rakan blogger dari Projek Travel memeriahkan majlis ini.
Pelancaran Diari Seorang Mujahidah
Selain majlis menandatangai persefahaman Aman Palestin dengan rakan korporat mereka, turut diselitkan majlis pelancaran buku hasil karangan duta Aman palestin iaitu saudari Heliza Helmi dan jua pembantu beliau Roziyah Mohamad iaitu buku Diari Seorang Mujahidah yang menceritakan pengalaman suka duka semasa bersama-sama Aman Palestin memberi bantuan kemanusiaan di Gaza.
Buku yang bermanfaat dan memberi jiwa ini boleh anda semua dapati dengan memberi secara online dan membuat tempahan di DIARI SEORANG MUJAHIDAH [DISINI].
Selepas mendengar kisah pengalaman yang diceritakan oleh Heliza Helmi ini, patik bagaikan bersemangat dan teringin untuk sama-sama melihat sendiri apa yang berlaku disana dan memberi. InsyaAllah sekiranya diberikan peluang untuk patik ingin turut serta bersama.
Sebelum majlis perasmian, kami semua didendangkan dengan lagu yang sangat-sangat terasa dihati bertajuk La tahzan dendangan Heliza Helmi. Korang boleh sama-sama mendengar dan hayati apa yang ingin dikongsi bersama. [DISINI]
Akhir kata setinggi penghargaan kepada Ben Ashaari kerana sudi menjemput patik untuk sama-sama dalam memeriahkan majlis ini & tahniah kepada Heliza Helmi dan juga Maulana Terima kasih.
Alhamdulillah ..patik juga menyokong ..
ReplyDeletekat i heliza pun byk psl ni kan. Dpt jumpa org baik2 ni hati rsa lapang je kn.
ReplyDelete