XES Hi-Tea | Majlis Pengumuman Pemenang 'Be Stylist With XES'
XES Hi-Tea | Majlis Pengumuman Pemenang 'Be Stylist With XES' | Sekali lagi jenama XES telah mengadakan Majlis Pengumuman Pemenang 'Be Stylist With XES' dimana dimajlis sebelum ini para blogger telah diundung untuk menjadi peserta 'Be Stylist With XES'.
Didalam majlis tempoh hari, para blogger & media dijemput diminta untuk mengambil gambar bersama produk dari XES dan menggayakan persis seperti seorang model. Patik juga tidak terkecuali turut serta didalam cabaran itu. Kemudian gambar tersebut akan dipaparkan di page facebook XES dan like diperlukan untuk menentukan pemenang.
Inilah hasil selepas patik melakukan posing persis model kasut. Agak nak tergelak bila patik melihat diri patik setelah di 'makeup' kan. Hahahah. Jadi patik menerima segala walupun secara berhadapan, apa yang dilihat ini tidak sama sekali. Hikhik.
Untuk majlis kali ini, XES sekali lagi menjemput patik bagi mengumumkan keputusan siapakah pemenang 'Be Stylist With XES'.
Sebelum memulakan majlis, terdapat pelbagai aktiviti yang telah mereka adakan seperti melukis karikatur, persembahan dari kumpulan band, booth tatoo sementara dan yang terakhir adalah aktiviti mengambil gambar.
Lukisan karikatur
Persembahan live band
Tatoo sementara
Aktiviti bergambar
Koleksi Terbaru Dari XES
Selain untuk mengumumkan pemenang, patik dan rakan blogger dijamu dengan mempamerkan koleksi kasut wanita & lelaki serta beg tangan yang secara peribadi patik sangat suka dengan kesemua design yang terbaru ini. Rasa macam ingin memliki koleksi ini kesemuanya sekali. Huhuhu.
Kasut lelaki
Beg tangan & kasut perempuan
Kasut & Beg tangan
Kasut
Beg Tangan
Pengumuman Pemenang 'Be Stylist With XES'
Akhirnya pemenang telah diketahui. Jane Chua telah diumumkan sebagai pemenang. Beliau berjaya mengalahkan semua peserta lebih kurang 20 orang lain. Tahniah patik ucapkan kepada Jane Chua.
Apa pun patik ucapakan ribuan terima kasih diatas jemputan daripada pihak XES dan patik sangat berbesar hati kerana patik adalah salah seorang peserta didalam pertandiangan ini bersama rakan-rakan blogger & media lain.
Kredit gambar: Nisa Kay & Facebook XES
Comments
Post a Comment