Selamat Tinggal Kenangan
Selamat Tinggal Kenangan | Tempoh hari terjadilah tragedi yang menyayat hati patik dimana telefon kesayangan patik yang patik selalu bawa kemana-mana event telah menimpa kecelakaan dan akhirnya menjadi arwah.
Kejadian ni bermula apabila patik selesai menjalani kursus penutupan audit dan pemurnian adit dalaman di Censelori UPM. Bila sebut jee kursus, macam-macam barang yang patik angkut seperti beg galas, fail dan sebagainya.
Bila tiba dikereta untuk pulang ke fakulti, patik letak segala barang diatas bumbung kerta termasuklah dengan telefon yang satu ni haa. Disebabkan ralit dengan barang yang terlalu banyak, maka patik pun tidak perasan yang telefon ini tersu tinggal diatas bumbung kereta patik.
Semasa memasuki jalanraya, sesuatu benda terpelanting dapat patik lihat dengan cermin belakang. Masa tu patik terus melihat sekeliling dan rupanya telefon tersebut yang terpelanting jatuh diatas jalan raya.
Dek kerana dokumen dan segala benda yang peting didalam sim kad & juga memori kad, patik rela menahan kereta yang bergerak semata-mata untuk mengambil telefon tersebut & akhirnya berkeadaan begini rupanya.
p/s: Mujurlah 'benda' tu terlekat. Kalau boleh tanggal, sudah tentu ketinggalan. Hehehe
Comments
Post a Comment