Akar Kita Zapin 2015
Akar Kita Zapin 2015 | Tarian zapin dan budaya memang tidak dapat dipisahkan. Begitu kuat semangat bagi seorang pencinta budaya iaitu Noraniza Idris yang begitu gigih memartabatkan budaya melayu di persada dunia.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Koopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club.
Patik dan beberapa rakan blogger serta media dari Kuala Lumpur dengan gigihnya mengharungi jalan jem yang amat dahsyat disebabkan cuti umum sempena hari pekerja dan akhirnya berkesempatan untuk turut serta didalam program jelajah ini yang dibuat dilokasi pertama mereka di AEON Mall Taiping.
Akar Kita Zapin 2015
AKZ 2015 telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yusof Bin Othman, Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Bagi patik usaha Kerjaan Negeri Perak yang begitu menyokong akar budaya kita ini harus diberi pujian kerana telah menyediakan 2 lokasi utama untuk AKZ 2015 iaitu Zon Utara di Taiping dan Zon Timur di Seri Manjung.
Sebagai orang yang bertanggungjawab membawa akar budaya keperingkat belih tinggai, patik ucapkan beribu tahniah kepada Noraniza Idris selaku perintis dan pengelola untuk program ini yang khabarnya telah memasuki tahun ke-2 penganjuran.
Semoga sentiasa bersemangat untuk meneruskan usaha murni dalam memartabatkan seni zapin ke peringkat yang dibanggakan.
Zapin Mania Akar Kita Zapin 2015
Untuk pembuka pertandiangan Zapin Mania Akar Kita Zapin 2015 di Zon Utara ini, sebanyak 4 buah kumpulan yang datang untuk merebut gelaran juara peringat Zon Utara ini. Mereka adalah kumpulan Tingkah Laksamana, Lantera Mutiara, Lashkar Tari dan juga Destar Lima. Mereka ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan di Malaysia.
Lashkar Tari
Selepas berhempas pulas untuk 2 segmen iaitu persendirian & juga battle, akhirnya kumpulan Lashkar Tari diumumkan sebagai pemenang untuk Zon Utara dimana mereka akan berjumpa dengan juara-juara dizon masing-masing diperingkat akhir nanti.
Untuk Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke lokasi berikut demi mencari juara-juara tarian zapin.
- AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 – 24 Mei 2015
- AEON Mall Rawang Selangor pada 5 – 7 Jun 2015
- AEON Mall Tebrau City Johor Bahru pada 24 – 26 Julai 2015
- AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 – 16 Ogos 2015
- AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015
Apa pun patik bertuah kerana dapat melihat secara langsung tarian ini dengan dekat & berharap di siri jelajah akan datang, patik dapat melihat bakal juara yang akan bertemu di peringkat akhir Akar Kita Zapin 2015 nanti.
Kredit gambar: www.penaberkala.com & www.budakpacak.com
Comments
Post a Comment