Aktiviti Menyelam di Pulau Redang, Terengganu
Aktiviti Menyelam di Pulau Redang, Terengganu | Perjalanan dari Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu yang memakan masa lebih kurang sejam dengan menaiki bot laju akhirnya sampai ketempat yang ingin ditujui iaitu Pulau Redang.
Patik dan semua peserta Terengganu International Squid Jigging 2015 telah dibawa ke pulau yang dikatakan antara pulau yang tercantik didunia ini. Memang sangat menakjubkan keindahan dan panorama indah disini. Memang best !!
Sepanjang perjalanan ke sini, patik sendiri sudah membayangkan keindahan dengan air laut yang sangat jernih dan ikan-ikan yang berenang bermain sesama mereka kelihatan semasa menyelam.
Semakin menghampiri pulau, patik dapati air laut menjadi semakin jernih dan kelihatan orang ramai sedang menyelam kedalam laut. SubhanAllah . Sangat cantik dan indah ciptaan-Nya. Hati mula meronta untuk terjun kedalam laut walaupun patik sebenarnya bukan pandai berenang. Hahahaha
Korang boleh bayangkan tidak bagaimana perasaan bile melihat air sejernih ini dan sangat bersih airnya sehingga boleh nampak objek-objek didasar laut.
Tapi sebelum kita berenag dan menyelam, jom kita abadikan kenangan sebelum basah.Yihaaaa ...
Tapi sebelum kita berenag dan menyelam, jom kita abadikan kenangan sebelum basah.





Korang boleh lihat air di Pulau Redang ini sangat jernih sehingkan kita boleh nampak kaki kita sendiri didalam air ini.
Secara jujurnya, patik berasa sangat seronok dengan peluang pertama kali patik jejakkan kaki kesini. Memang sangat berbaloi dan insyaAllah ada rezeki patik akan sampai kesini lagi.
Akhir kata terima kasih kepada Touism Terengganu dan juga Gaya Travel diatas peluang dan juga pengalaman yang diberikan kepada kami semua peserta Terengganu International Squid Jigging Festival 2015.
Comments
Post a Comment