Asmara Penchala | Buffet Ramadhan 2015 Berkonsepkan Bali
Asmara Penchala | Lokasi Berbuka Berkonsepkan Kontemporari | Berlokasi di Jalan Sungai Penchala Kuala Lumpur, Asmara Penchala menjadi lokasi patik dan rakan berbuka puasa dan menikmati hidangan berkonspe kan tradisional melayu.
Bila melangkah masuk kedalam restoran ini, korang bagai berada dilokasi yang jauh dari hiruk pikuk bandar. Keadaan didalam restoran ini memang sangat tenang dengan dekorasi bagai berada di Bali.

Dengan dekorasi gazebo yang dihias indah menjadikan gazebo ini menjadi pilihan pasangan-pasangan yang ingin kan mood romantik.
Selain konsep gazebo, konsep terbuka juga ada disediakan untuk mereka yang satang bersama keluarga atau bersama rakan taulan.

Selain konsep terbuka, Asmara Penchala juga menyediakan ruang yang berhawa dingin untuk keselesaan pengunjung untuk menikmati hidangan disini.
Buffet Ramadhan 2015 Asmara Penchala
Untuk pengetahuan semua, buffet ramadhan 2015 di Asmara Penchala disajikan oleh syarikat Felda D'Saji dimana masakan mereka memang tidak boleh disangkalkan lagi.
Seperti yang patik kisahkan diawal tadi, masakan disini memberi fokus pada masakan melayu tradisional seperti Asam Pedas, Masak Lemak Telur Itik, Gulai Kari Rebung, Kurma Ayam pelbagai jenis kerabu dan banyak lagi.






Selain menu utama mereka yang berkonsepkan tradisional, mereka juga mempelbagaikan menu dengan menambah menu seperti makanan itali, pelbagai jenis mee, dan juga bahagian kambing bakar.

Pelbagai jenis pencuci mulut juga disediakan disini. Yang paling patik suka adalah pelbagai jenis jeruk asam disediakan untuk pengunjung. Woowwww memang kecur air liur melihatnya tatkala dibulan puasa.


Kaunter Ais Batu Campur dan juga pelbagai jenis air termasuklah kaunter ais krim menjadikan kaunter ini adalah kaunter yang tersibuk memenuhi permintaan pengunjung.
Sebagai eksperimen, patik dan rakan blogger lain telah meminta ABC ais krim dan hasilnya seperti ini. Memang sangat sedap dengan kombinasi seperti ini. Hilang dahaga dikala tekak yang kering sepanjang hari berpuasa.
Bagi mereka yang ingin merasai menu buffet ramadhan dari Asmara Penchala ini, setiap kepala akan di cas dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM59 nett untuk dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak.
Patik yakin sekiranya korang datang kesini, korang akan terpukau dengan keadaan persekitaran disini sehinggakan korang akan terlupa untuk mengambil makanan berbuka puasa.
Oh yaaa sebelum patik terlupa, sekiranya korang ingin menggunakan gazebo yang dihias indah ini, korang akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM50. Kira berbaloilah dengan keadaan yang best pada harga yang sangat berpatutan.
Akhir kata patik ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Asmara Penchala kerana menjemput patik dan rakan blogger lain bagi merasai pengalaman disini sekaligus menikmati hidangan buffet ramadhan mereka yang sangat sedap.
Sekiranya korang ingin menempah untuk berbuaka puasa disini, korang boleh menghubungi Puan Farah ditalian 016-262 1500 atau boleh menggunakan informasi ini untuk terus ke Asmara Pechala ini.
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur
Google Map Direction:
Email:
No Telefon:
Kredit gambar : www.projektravel.com
Comments
Post a Comment