Hari Berkursus
Hari Berkursus | Selepas lama bercuti, patik kembali meneruskan kerja hakiki patik di UPM. Secara peribadi, kursus yang depa selalu buat ini memberi masa berehat sambil kita pelajari sesuatu ilmu yang baru.
Terbaru patik diberi peranan sebagai pengemudi sistem di fakulti yang memberi perkhidmatan analisa & juga kalibrasi kepada pelanggan samada didalam UPM mahupun diluar UPM, iaitu sistem ISO 17025. Sistem ini adalah bertujuan untuk menjana kewangan sendiri suatu hari nanti sambil diselia oleh pihak yang sepatuntya.
Harga yang ditawarkan bergantung kepada kesusahan dan juga kos mengendalikan analisa yang dijalankan dan semestinya berpatutan berbanding harga luar.
Apa pun 2 hari yang disediakan untuk kami semua berkursus ini adalah masa yang terbaik untuk berehat sebentar sambil mempelajari selok belok sistem ini.
Selamat berkursus !!
Wow, lepas cuti terus kursus
ReplyDeleteCayalah abam kaw