Musim Peperiksaan Bermula

Musim Peperiksaan Bermula

Musim Peperiksaan Bermula | Untuk mereka yang tidak berada didalam dunia pembelajaran, ini patik ingin memaklumkan bahawa musim peperiksaan bagi semua universiti tempatan di Malaysia sedang berlangsung. 

Begitu juga pelajar-pelajar jabatan patik di UPM. Mereka semua didalam mood peperiksaan

Musim Peperiksaan Bermula

Untuk musim peperiksaan bagi semester ini, patik dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengawas peperiksaan sebanyak 11 kali daripada jumlah sebenar iaitu 14 kali. 

Ini adalah bilangan paling banyak yang pernah patik terima sepanjang bertugas di UPM.

Musim Peperiksaan Bermula

Alasan bagi pihak pengurusan peperiksaan adalah kekurangan staf lelaki untuk mengawal pergerakan keluar masuk pelajar lelaki ke tandas. WHAT.. TANDAS !!!

Tapi itu adalah lumrah apabila kekurangan staf lelaki di jabatan patik dan patik hanyalah seorang staf lelaki disini. 

Musim Peperiksaan Bermula

Musim Peperiksaan Bermula

Tugas pengawas peperiksaan adalah membantu ketua pengawas peperiksaan melancarkan proses peperiksaan dan sekaligus memantau aktiviti pelajar didalam dewan peperiksaan. 

Memang seronok kerana biasanya patik menggunakan medium ini sebagai "terapi" untuk melepaskan gian berjalan ala-ala catwalk diatas runway semasa peragaan pakaian. Hahahaha

Hanya membayangkan pelajar dikiri kanan ini adalah penonton yang menonton patik beraksi. Lalalalal

Musim Peperiksaan Bermula

Benda yang akan terjadi bila menjadi pengawas peperiksaan adalah perasaan mengantuk. Jadi untuk mengurangkan mood mengantuk ini, patik selalunya akan membawa bahan bacaan tidak kira jenis bahan bacaan. Janji ade benda untuk dibaca bagi mengelakkan mengantuk. Tapi kalau sudah mengantuk teramat sangat, patik akan lelapkan mata dengan berbantalkan lengan seketika. 

Apa pun akhir kata, patik ucapkan semalat maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan buat semua anak didik di jabatan patik. Buat yang terbaik yee adik-adik.

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN