MYRYL | Bengkel "Warna dan Kerjaya"
MYRYL | Bengkel "Warna dan Kerjaya" | Siapa sangka WARNA boleh memainkan peranan didalam kehidupan kita termasuklah pemilihan kerjaya. Wowwww .
Agak terkejut tetapi ini yang patik alami apabila patik diundang oleh blogger Ben Ashaari dan geng #kelabbloggerbenashaari ke program yang sangat bermanfaat iaitu bengel "Warna dan Kerjaya" berlokasi di Hotel Bangi-Putrajaya Bandar Baru Bangi.
Bengkel ini yang dibawakan oleh MYRYL atau nama panjangnya adalah Master Yourself Revamp Your Life membawakan seorang penceramah dan juga pemilik Puan Shuhada Alauddin.
MYRYL adalah sebuah syarikat yang menyediakan kursus yang mungkin boleh membantu korang untuk melakukan perubahan kerjaya atau membantu untuk mencari kerjaya tambahan dengan menggunakan kuasa WARNA.
Apa yang boleh patik katakan, bengkel yang sangat-sangat berfaedah ini akan membawa semua peserta untuk mendalami diri masing-masing dengan menggunakan kaedah WARNA.
Ya betul dengan menggunakan terapi warna sahaja, korang akan mengetahi kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Pelbagai aktiviti yang kami jalani semasa bengkel ini dimulai dengan pengenalan kepada terapi warna. Percaya atau tidak, setiap manusia ini mempunyai warna dalaman yang memang dekat dengan kita.
Didalam terapi warna ini terdapat 4 jenis warna yang menjadi warna diri iaitu PUTIH, PINK, HIJAU dan BIRU.
Diri kita masing-masing mempunyai warna yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian dan 80% warna dalaman kita ini adalah memang berdasarkan diri kita. Ianya memang azali dengan kita.

Banyak rahsia yang patik dapat dari prgram bengkel ini bukan sahaja rahsia warna, malah nombor kelahiran kita juga mempunyai rahsia disebaliknya.
Mempercayai semua ini bukanlah dianggap syirik kerana didalam ayat suci al-quran juga ada menceritakan warna dan nombor didalam ilmu metafizik bergantung kepada tahap kepercayaan masing-masing.
Hidup ini memang mudah dengan 2 pilihan. Mana yang baik jadikah ianya pedoman dan yang buruk jadikan sempadan.
Apa pun terima kasih kepada abg Ben Ashaari dan geng #kelabbloggerbenashaari atas jemputan ini. Program yang bermanfaat ini dibawakan oleh MYRYL untuk semua blogger.
Untuk mendapatkan informasi MYRYL, korang boleh mendapatkan di:
Website: www.myryl.net
Email: ask.us@myrylpoint.net
Facebook : MYRYL
Comments
Post a Comment