7 Ahli Silap Mata Gegar Super Star of Magic 4 di Genting Highlands


Super Star of Magic 4 di Genting Highlands

7 Ahli Silap Mata Gegar Super Star of Magic 4 di Genting Highlands | Untuk tahun ke empat penganjuran Super Star Of Magic yang berlangsung di Genting Highlands, patik dan ramai rakan blogger diberi peluang untuk melihat sendiri 7 ahli silap mata dunia yang hebat dalam bidang masing-masing untuk mempersebahkan silap mata mereka.
 Super Star of Magic 4 di Genting Highlands

7 ahli silap mata ini mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing. Patik yang melihatnya sangat-sangat teruja dengan persembahan mereka. Seperti patik, kami semua cuba sedaya upaya untuk melihat dimana silap mata kami dan cuba melihat kesilapan mereka. Hahahaha. Ada yang berjaya meyilapkan mata kami dan ada yang berusaha keras untuk menyorok kesilapan mereka.

Super Star of Magic 4 di Genting Highlands 

 Jay Mattioli (USA) - Beliau dilantik sebagai pengacara majlis dan juga melakukan silap mata seperti menghilangkan diri. 

 One Gun (Korea) - Hebat dalam melakukan aksi menukar baju dan seluar dalam sekelip mata. 

 Joseph Gabrial (USA) - Hebat dalam menjadikan segala kain-kain menjadi burung dan akhirnya seekor itik putih akan dihasilkan didalam longgokan kain.

 Ted Kim (Korea) - Hebat didalam melakukan silap mata berbentuk visual dan akhirnya bajunya akan bertukar warna.

Alana Moehlmann (Germany) - Beliau sangat hebat didalam melakukan silap mata seorang wanita yang mempunyai tangan 4.

Jeff Lee (Taiwan) - Beliau hebat dalam melakukan persembahan yang berunsurkan CD. Pelbagai aksi yang dilakukan berasakan CD.

Secara keseluruhan, patik sangat-sangat terhibur dengan persembahan mereka.  Selesai persembahan, kami semua diberi peluang untuk bergambar kenangan bersama-sama pakar silap mata dari seluruh dunia ini.
Super Star of Magic 4 di Genting Highlands

Super Star of Magic 4 di Genting Highlands
Bersama itik kesayangan beliau.

Super Star of Magic 4 di Genting Highlands
Wakil dari Korea bersama patik

Super Star of Magic 4 di Genting Highlands
Bersama seluruh rakan media dan ahli silap mata bergambar kenangan.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan ini, ini patik sediakan harga-harga yang boleh dijadikan rujukan untuk semua.


Atau pun korang boleh lawati sosial media mereka iaitu:

Website: 
 
Facebook: 
 
Instagram:

Terima kasih kepada pihak Resort World Genting, Genting Highlands diatas kesudian menjemput patik dan rakan blogger lain ke persembahan Super Star of Magic 4 ini. Sehingga kita bertemu lagi yeee Genting Highlands.


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR