Sandwich Segar Dari Garsa Kitchen
Sandwich Segar Dari Garsa Kitchen | Tak pernah patik terfikir bilamana makanan yang mudah seperti sandwich sekarang boleh didapati dengan mudah dan segar serta sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan jamuan berkonsep party yang santai. Garsa Kitchen adalah yang jawapan bagi semua diatas.
Keistimewaan Garsa Kitchen
Apa yang menariknya Garsa Kitchen adalah mereka menyediakan pelbagai jenis sandwich yang segar dari dapur dan akan terus menghantar tempahan korang dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 jam sebelum majlis berlangsung. Memang sangat-sangat efisyen.

Untuk pengetahuan semua, mereka ini menyediakan perkhidmatan penghataran sehingga kedepan pintu disekitar KL, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang. Patik yakin korang akan berpuas hati.
Tadaaaaa... sandwich yang patik order selamat sampai dipejabat patik. Sangat-sangat mudah ok. Duduk dalam office, order & mereka akan hantar terus kepada anda semua.
Secara keseluruhan, patik sangat-sangat mencadangkan kepada semua untuk mencuba Garsa Kitchen ini. Dari masa penghataran, rasa sandwichnya, teksture roti dan juga persembahan memang patik beri pujian.
Bukan nak cakap apa, patik memang berkenan dengan kotak yang mereka persembahkan. Memang sangat-sangat terbaik.
Pelbagai pilihan sandwich dari Garsa Kitchen boleh korang buat. Tapi patik memilih set Diesta kerana didalamnya mereka campurkan segala isian didalam 1 kotak. Kiranya semua jenis korang dapat rasa hanya didalam 1 kotak.
Bagi kereka yang memerlukan khidmat penghantaran terus ke lokasi anda, korang hanya perlu whatsapp NAMA , HP , TIME , DATE , ADDRESS , ORDER kepada pihak admin dan mereka akan mengambil tempahan anda.
Korang boleh follow instagram Garsa Kitchen untuk apa jua promosi yang mereka adakan. Part yang paling bestnya, ada waktu istimewa yang mereka akan bagi pelanggan mereka FREE potato salad semasa penghantaran ke rumah.
Instagram:
Patik sudah mencuba sandwich dari Garsa Kitchen ini. Korang pula bile lagi?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNampak patik pun hanya mampu melihat sandwich ini sbb patik di luar kawasan penghantaran..
Terus lapar bila terpandang sandwich di pagi hari.. :-)