Serai Wangi Afy Haniff | Produk Semulajadi Menghalau Serangga
Serai Wangi Afy Haniff | Produk Semulajadi Menghalau Serangga | Akhirnya selepas hampir 2 bulan menggunakan rangkaian produk Serai Wangi Afy Haniff ini, patik sangat-sangat berpuas hati. Ianya memang produk semula jadi menghalau serangga yang sangat efektif.
Kalau dahulu masalah seperti nyamuk, lipas, semut, cicak tikus dan juga pelbagai jenis serangga yang sering menggangu kehidupan patik dan keluarga kini tiada lagi.
Memang stress dengan segala masalah yang dihadapi bila segala produk yang ada dipasaran sudah patik cuba, malangnya masalah tersebut akan kembali semula. Selain produk dipasaran yang berunsurkan bahan kimia, ia sedikit sebanyak boleh membahayakan kesihatan kita secara tidak langsung.
Bukan ingin memuji rangkaian produk Serai Wangi Afy Haniff ini, tetapi apa yang patik dapati, ianya memang sungguh semula jadi. Mana tidaknya dengan haruman serai wangi yang wangi secara semulajadi itu sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada isi rumah patik dan sekaligus memberi bala bencana kepada si serangga yang mengganggu.
Rangkaian Produk Serai Wangi Afy Haniff
Pelbagai jenis produk yang boleh didapati dibawah label Afy Haniff yang tujuan nya satu iaitu untuk menghalau serangga secara semulajadi. Untuk pengetahuan semua, penggunaan yang kerap produk ini akan memberikan penyelesaian positif bagi menghalau serangga dirumah korang semua.
1. SERAI WANGI PELITA
Serai Wangi Pelita ini berkonsepkan pelita biasa tetapi cara pembakaran daripada minyak tersebut akan menghasilkan bauan serai wangi yang harum. Patik selalunya akan menggunakannya didalam bilik dan akan menyalakan apabila hendak tidur.
Selain menghalau nyamuk, lalat dan serangga lain, bauan yang dikeluarkan memberi aromaterapi kepada kita.
2. SERAI WANGI SERBAGUNA
Kelebihan Serai Wangi Serbaguna ini pula adalah bertindak sebagai penghalau serangga yang selalu merayau diatas-atas meja makan atau apa jua permukaan.
Kadang kala patik gunakan sebagai penyembur kepada tanaman bagi menghalau serangga seperti semut hitam yang berada pada pokok. Jangan risau kerana produk ini adalah semulajadi dan tiada bahan beracun didalamnya.
3. SERAI WANGI SEMULAJADI ANTI LIPAS
Bagi mereka yang mempunyai masalah lipas yang sering mengganggu kehidupan, gunakan produk Serai Wangi Semulajadi Anti Lipas ini dimana bauan yang tajam semualajadi daripada serai wangi ini akan menghalau lipas yang berada kawasan rumah.
Patik juga menggunakan produk ini dikawasan dapur yang selalu menjadi lokasi bagi lipas ini merayap.
4. PENGGANTUNG SERAI WANGI
Masalah serangga akan lebih mudah dengan adanya Penggantung Serai Wangi ini. Bauan serai wangi yang tajam untuk si serangga akan menhalau serangga disuatu ruang.
Patik menggantungkan produk ini pada tingkap supaya angin yang masuk daripada tingkap akan mengehembuskan bauan serai wangi ini kedalam ruang bilik dan sekaligus boleh menghalau serangga yang mengganggu patik
5. SERAI WANGI SEMULAJADI ANTI TIKUS
Ketulan hijau Serai Wangi Semulajadi Anti Tikus ini memang sangat mujarab untuk menghalau encik tikus yang memasuki rumah kita.
Binatang yang paling patik benci bila sekiranya berada didalam rumah. Walaupun saiznya yang kecil, tetapi bahayanya memang besar. Pantang pulak patik dengan binatang sekor ni. Hishhh !!
6. PEKATAN HERBA SERAI WANGI
Produk yang sangatv mesra pengguna iaitu Pekatan Herba Serai Wangi yang selalu patik gunakan untuk bancuhan didalam baldi bagi mengemop lantai dapur, bilik dan juga ruang tamu.
Sangat mudah, bancuhkan pekatan ini didalam baldi dan korang boleh mengemop seluruh rumah korang dan akhirnya masalah semut lipas dan segalanya insyaAllah akan berkurangan dan akhirnya akan berakhir.
Naaahhhhh memang mudah dengan adanya seleksi produk dari Afy Haniff ini. Produk yang patik sangat-sangat cadangkan untuk kegunaan korang semua.
Selain tiada bahan kimia, ianya selamat dan juga sangat semulajadi. Maksud selamat disini bukan korang digalakkan untuk menjilat dan merasa dengan lidah perasa produk ini. Hahaha
Maksud selamat patik adalah dari segi kegunaan yang 100% dari serai wangi yang dipercayai sangat mujarab sebagai anti serangga.
Bagi korang semua yang ingin memiliki koleksi prosuk Serai Wangi Afy Haniff ini, terdapat lebih 980 outlet yang menjual produk ini.
Jadi tiada masalah atau tiada alasan untuk tidak bertukar kepada produk Afy Haniff yang sangat-sangat semulajadi ini.
Untuk lebih info, korang memang patik galakkan untuk lawati:
Webiste :
Facebook Page :
Email :
afyhaniff@yahoo.com
Instagram :
@afyhaniff_official
Comments
Post a Comment