Susu Kambing Baraka Pengganti Susu Lembu




Susu Kambing Baraka Pengganti Susu Lembu | Sudah menjadi kebiasaan orang ramai menggunakan susu lembu didalam kehidupan seharian tidak kira susu formula untuk anak-anak kecil ataupun untuk minuman seharian. Tapi adakah korang semua tahu kebaikan susu kambing adalah melebihi susu lembu? Susu kambing Baraka adalah jawapan sebagai pengganti susu lembu.

Kebaikan Susu Kambing Baraka

Untuk pengetahuan semua, susu kambing diperakui oleh ramai penyelidik mempunyai zarah molecule yang hampir menyerupai molecule susu ibu.  Oleh yang demikian susu kambing mempunyai kebaikan yang lebih berbanding susu.

Normal orang ramai mempunyai pandangan bahawa susu kambing akan menghasilkan bau hamis apabila meminumnya. Sama seperti patik yang mempunyai pandangan yang sama dimana susu kambing akan mempunyai bau hamis seperti daging kambing sendiri.

Tidak seperti susu kambing Baraka ini yang tidak mempunyai bau hamis. Selain susu kambing yang mempunyai manfaatnya tersendiri yang semua orang tahu, susu kambing baraka ini mempunyai manfaat tambahan yang ditambah didalamnya iaitu prebiotik inulin dimana inulin ini akan membantu menyerap sehingga 6 kali ganda nutrien dan khasiat kedalam tubuh badan kita.


Selain manfaat yang banyak didalamnya, susu kambing Baraka ini didatangkan dengan 4 variasi iaitu susu kambing Baraka asli, susu kambing Baraka kolagen, susu kambing strawberi dan susu kambing coklat


Selain susu kambing Baraka, produk Baraka ini mengeluarkan minuman untuk kecantikan iaitu Baraka beauty Drink iaitu produk berperisa strawberi kolagen sebagi alternatif kepada orang ramai yang mmentingkan kesihatan tetapi tiada masa untuk memanjakan diri dengan bersenam dan sebagainya dek kerana kekangan masa. 


Baraka Beauty Drink ini diformula dari serat kolagen marin dan ditambah serat anggur sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan sambil tidak meninggalkan kecantikan dan keanjalan kulit. 


Jangan risau kerana produk ini sesuai untuk semua tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan. Patik sendiri pun telah mula mengambil Baraka Beauty Drink untuk seharian patik. Patik perlukan semua ini untuk mengembalikan keremajaan dahulu sejak dua menjak sudah berusia begini. Hahahaha.


Jangan risau bila sebut bab HALAL kerana semua produk Baraka ini telah mendapat sijil HALAL daripada Jakim dan semua produk Baraka tidak ditambah dengan gula biasa didalamnya.


Patik sudah mencuba kesemua rangkaian produk susu kambing Baraka dan juga Baraka Beauty Drink. Berharap patik akan kelihatan indah dimata masyarakat selepas ini. Wakakaka.



Bagi merek yang ingin mendapatkan produk Baraka ini, korang boleh mendapatkan semua produk ini di pasaraya GIANT, COLD STORAGE dan MERCHATO seluruh Malaysia serta boleh juga didapati secara online dengan melawati: 

Instagram : 
@barakashoppe

Telefon:
018-3267978 / 03-51037657

Akhir kata, terima kasih kepada pihak penganjur  Mozac Madicare dan Hai Blogger! atas jemputan ke majlis pengenalan produk susu kambing Baraka ini. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN