MENARA JAM BESAR IPOH PUNYA KISAH TERSENDIRI

MENARA JAM BESAR IPOH

MENARA JAM BESAR IPOH PUNYA KISAH TERSENDIRI | Selepas selesai menikmati makan tengahari di Restoran Yong Suan Nasi Ganja, kami rakan blogger & team Honda Malaysia telah dibawa ke Masjid Negeri Perak yang terletak bersebelahan dengan Menara Jam Besar, Ipoh untuk menunaikan solat jamak disana. 

MENARA JAM BESAR IPOH

Menara jam empat penjuru yang siap sepenuhnya pada 1909 ini dibina oleh British bagi memperingati Residen pertamanya di Perak, J.W.W Birch yang mati dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela. Lukisan manusia yang menghiasi dinding menara ini merupakan 44 tokoh utama dalam sejarah dunia.
MENARA JAM BESAR IPOH

Menara ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Negeri Ipoh, berbentuk empat segi dengan empat panel yang menggambarkan pertumbuhan tamadun dibahagian atasnya. 

MENARA JAM BESAR IPOH

Kalau korang perhatikan pada lukisan pada dinding jam tersebut, khabarnya ada kisah yang tercatat diatasnya dalam bentuk lukisan lama. 

Jika diamati, ilustrasi salah seorang daripada tokoh tersebut telah hilang pada dinding menara ini. Mengikut cerita orang tempatan, tokoh yang lukisannya hilang secara misteri itu sering ditemui berlegar-legar di kawasan menara ini pada waktu malam. Mungkin ia sekadar kisah rekaan bagi mewujudkan ‘keunikan’ lokasi ini. Entah-entah lukisan itu ditoreh secara sengaja ataupun dikerjakan oleh remaja nakal? -pepatungDOTcom-

Ada juga yang mengatakan ilustrasi salah seorang tokoh itu adalah Nabi Muhammad dimana ilustrasi itu dipadam oleh orang ramai pada tahun 1990-an.

Pada panel tamadun, 44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia telah digambarkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah diselaputi dengan cat pada 1990-an kerana dibantah oleh kalangan umat Islam. Lihat gambar bawah nih. -alhusseyn51-

Patik pun tiada sumber yang sahih untuk kisah ini. Walaubagaimanapun ianya adalah sejarah yang wujud yang perlu dipelihara untuk tatapan anak-anak generasi akan datang. 

Apa pun patik berbangga kerana telah sampai ke sini dan melihat sendiri kisah sejarah yang masih ada di Ipoh Perak ini. 

Comments

  1. laaaaaaaaaaaaa yeke...oh....tak pernah sampai sni lg..

    ReplyDelete
  2. kenapaaaaaa akk lompat mcm tak lompat tu..adoii berat sgt kah..benci la aku hahahahaha

    ReplyDelete
  3. 7 tahun dok Ipoh, selalu lepak sini tapi xpernah tahu kisah pasal jam nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR