ORCHARD VILLA GOMBAK LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN

ORCHARD VILLA GOMBAK LOKASI PERKAHWINAN IMPIAN | Patik yakin korang semua inginkan mengabadikan majlis perkahwinan korang semua dilokasi yang korang impikan. Lokasi perkahwinan impian dimana semua orang ingin sesuatu yang bermakna dan unik.
Bila sebut perkahwinan impian, korang mesti terfikir berkenaan bajet untuk katering dan segala tok nenek tu kan? Kalau patik sendiri patik mesti juga memikirkan selain lokasi yang mudah diakses oleh tetamu, pakej yang diberikan oleh katering dan juga makanan yang sesuai untuk tetamu mesti dititikberatkan.
Jadi segala persoalan korang tu terjawab di ORCHARD VILLA GOMBAK.
ORCHARD VILLA OMBAK
Memasuki kawasan Orchard Villa Gombak, mata korang akan tertacap dengan pemandangan sungai yang sangat tenang. Sebenarnya patik tidak mengetahui lokasi perkahwinan impian ini bersebalahan dengan sungai yang sangat bersih. Rasa bagai nak terjun kedalam sungai tu jeee.Untuk pengetahuan semua, pengurusan lokasi perkahwinan impian ini adalah milik penuh Felda D'Saji dimana segala proses pengurusan termasulah penyediaan makanan, ruangan dan segala di Orchard Villa Ombak ini diuruskan oleh pihak Felda D'Saji.



PINTU GERBANG MASUK
Tatamu yang hadir akan disambut dengan pintu gerbang masuk yang agak glamor dengan dekorasi kain langsir dan juga manik berjuraian memberi efek mewah didalamnya.
Patik bagaikan terasa berada didalam sebuh hotel yang menonjolkan dekorasi seperti ini. Memang cantik sekali.


RUANG MAKAN TETAMU
Penggunaan kerusi jenis chevari memberi impak sedikit vintage di ruang makan tetamu. Sebenarnya patik memang suka dengan konsep seperti ini yang sedikit sebanyak memberi mood mewah didalam konsep perkahwinan idaman patik.

Selain ruangan makan utama yang luas, pihak Orchard Villa Gombak turut menyediakan ruangan khemah sebagai penambahan ruang kepada lebihan tetamu. Walaupun dibawah khemah, dekorasi yang diberikan masih mewah bagai berada diruangan utama.


PELAMIN
Majlis perkahwinan tidak sah kalau tidak ada pelamin yang indah. Untuk Orchard Villa Gombak, pakej mereka termasuklah dengan dekorasi pelamin yang asas untuk tuan rumah.
Apa yang best tentang pelamin yang ditawarkan disini adalah keluasan yang sangat maksima. Patik suka gile dengan keluasan dan juga dekorasi yang sangat simple tapi nampak mewah. Korang boleh lihat gambar yang patik ambil ini. Memang terbaik untuk mengambil gambar beramai-ramai.


MEJA MAKAN BERADAB
Dekorasi bunga segar yang termasuk didalam pakej adalah daripada pihak pengurusan akan menaikkan mood pengantin dan juga tetamu. Setiap meja juga akan dihias dengan bunga-bunga segar yang patik percaya akan menjadikan moment majlis akan lebih berseri.




Meja makan beradab, meja tetamu VIP & juga pelamin yang berdekatan satu sama lain memudahkan pergerakan keluarga dan pengantin sendiri.
Segala katering penyediaan makanan tetamu sehinggalah makanan VIP dan pengantin adalah daripada tukang masak Felda D'Saji yang patik tidak dapat sangkal keenakan masakan mereka.
KEMUDAHAN LAIN
Apa yang best nya di Orchard Villa Gombak ini adalah kemudahan tambahan yang disediakan kepada tetamu iaitu tandas yang bersih dan cantik serta ruang solat yang selesa. Selain itu, ruangan parking kereta yang sangat luas memberi kemudahan pengunjung untuk meletakkan kenderaan masing-masing.


Pakej yang ditawarkan daiatas adalah termasuklah LOKASI (beserta kerusi meja), PELAMIN ASAS (seperti didalam gambar), DEKORASI RUANG MAKAN, PA SISTEM STANDARD, MAKANAN TETAMU, MAKANAN MAKAN BERADAB.
Memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Bagi korang yang ingin mengadakan majlis perkahwinan ke, majlis cukur jambul ke, majlis hari jadi ke atau apa jua majlis, korang boleh Orchard Villa Gombak.
Orchard Villa
Batu 10 1/4 , Sungai Salak, 53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.
Tempahan:
Nor Syaiful Nazlan Norsham: 013-386 0453
Hanim Arianie Zain: 017-394 7567
Zaini Emilia Binti Zainol Abidin: 017- 419 9948
Jabatan Jualan: 03-2698 8302
Waze: Orchard Villa Gombak
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Orchard Villa Gombak dan pihak pengurusan Felda D'Saji diatas jemputan untuk sesi pengenalan ini.
Cantik tempat ni. Majlis Pojie nanti kat sini eh?
ReplyDelete