PENGALAMAN BERCUTI DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA YANG BERKONSEPKAN ALAM SEMULAJADI
PENGALAMAN BERCUTI DI PHILEA RESORT & SPA MELAKA YANG BERKONSEPKAN ALAM SEMULAJADI | Kebiasaan hotel atau pun resort akan memilih kawasan yang berhampiran lokasi tarikan perlancongan, tepi pantai atau pun tepi sungai sebagai lokasi hotel atau pun resort.
Berlainan pula dengan Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka yang betul-betul bina bersebelahan exit tol Ayer Keroh.
Berlainan pula dengan Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka yang betul-betul bina bersebelahan exit tol Ayer Keroh.
Batu tanda Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka ini akan menyambut ketibaan korang selepas korang melepasi exit daripada tol Ayer Keroh, Melaka.
Patik secara jujur memang tidak menyangka resort berkonsep semulajadi ini muncul dikawasan lebuhraya. Dalam hati macam-macam patik fikir bagaimana keadaan resort tersebut. Teruskan bersama patik untuk berkongsi cerita.
Memasuki ruangan lobi, patik sangat tergamam kerana boleh dikatakan bangunan disini dibina dengan menggunakan batang-batang kayu yang disambung menjadi sesiku untuk atap dan juga dinding tempat menginap. Itu yang menambah perasaan keterujaan patik apabila melihatnya.
Langkah demi langkah patik berjalan melalui ruangan redup pejalan kaki selepas berurusan dengan pihak kaunter memberi ketenangan bagaikan berada seperti didalam hutan.
Di Philea Resort & Spa ini, patik diberi bilik yang bernama Pavillion Room. Sepanjang perjalanan menghala kebilik, korang akan merasai suasana yang seperti didalam hutan menghala kesebuah sungai yang cantik.
Di Philea Resort & Spa ini, patik diberi bilik yang bernama Pavillion Room. Sepanjang perjalanan menghala kebilik, korang akan merasai suasana yang seperti didalam hutan menghala kesebuah sungai yang cantik.
PHILEA RESORT & SPA AYER KEROH MELAKA
Untuk pengetahuan semua, di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka terdapat 3 jenis bilik penginapan yang disediakan disini iaitu, Pavillion Room, Philea Suite dan Royal Villa.
Pavillion Room yang patik menginap ini berharga bermula pada RM510 semalam dan boleh menjadi sehingga RM900 semalam bergantung keadaan puncak sesuatu masa.
Disini, Pavillion Room mempunyai 180 bilik untuk menginap dan setiap blok mempunyai 4 bilik berbeza. 2 ditingkat atas dan 2 bilik lagi ditingkat bawah.
Bila patik masuk jee bilik menginap, wowwww sangat unik dekorasi bilik ini dan sangat sesuai laaa dengan harganya yang sebegitu.
Bilik Pavillion Room ini boleh didiami sehingga 3 orang iaitu 1 king bed dan 1 single bed. Patik akhirnya dapat juga tidur diatas katil king bed yang sangat besar untuk patik seorang. Hahahaha.
Memang sangat unik cantik apabila dapat menginap didalam bilik ini. Segala kemudahan didalam bilik sangat mencukupi dan memenuhi keperluan untuk menginap.
Boleh dikatakan dekorasi bilik disini adalah 80% menggunakan batang-batang pokok untuk dijadikan dinding bilik dan juga sekaligus mendirikan blok-blok bilik penginapan disini.
TARIKAN LAIN DI PHILEA RESORT & SPA
Selain daripada kolam mandi yang bagi patik sangat terbaik kerana design kolam disini adalah bukan seperti kebiasaan kolam mandi yang moden, korang boleh juga mencuba perkhidmatan spa yang lengkap dengan bilik sauna mereka dengan kadar harga yang berpatutan serta gym yang boleh dikatakan lengkap dengan peralatan gym.
Konsep air terjun dan alur sungai boleh korang semua lihat pada gambar yang patik sediakan diatas.
Air terjun buatan ini akan melalui kolam mandi dan akhirnya lebihan air tersebut akan mengalir melalui sungai buatan yang memang boleh patik bagi pujian dengan kreativiti mereka.
Korang boleh memilih untuk mandi manda didalam kolam renang atau pun bermain auir digigi sungai buatan ini. Tapi patik memilih untuk bersantai sambil mencuci mata dikolam renang. Hahahaha.
Bagi mereka yang ingin menginap di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka ini korang boleh membuat tempahan disini.
PHILEA RESORT & SPA
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh
Off Jalan Plaza Tol, 75450 Ayer Keroh
Melaka Bandaraya Bersejarah
Landmark:
200 meter selepas exit tol Ayer Keroh sebelah kiri
Website:
Facebook:
Terima kasih patik ucapkan kepada pihak pengurusan Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka kerana kesudian menerima kehadiran & memberi layanan yang sangat ohsem kepada patik & rakan blogger lain kesini sambil merasai keasyikkan menginap disini.
makk aiiiihhhhhhh~ beta terasa sangat teruja membaca entry ini! huaaaaaa cantiknyaaaaaaa! adik ipar rara honeymoon sini dulu, xtau cantik mcm ni.
ReplyDeletecantik....nak pergi lah nanti
ReplyDeletekesian tuan hamba tak pernah beradu di katil king b4 yer tahniah tuan hamba! LOL cepat lawat sy plak putus sohabat nnt! HAHAHAHHA
ReplyDeletehttp://sizzlingsuzai.blogspot.my/
xyah nk gelak blogspot sgt okeyh!! XP