"THE STORY" MENAMPILKAN 3 INDIVIDU HEBAT MALAYSIA
"THE STORY" MENAMPILKAN 3 INDIVIDU HEBAT MALAYSIA | Bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia, 16 September 2016 tempoh hari, patik telah dijemput untuk menghadiri majlis yang boleh patik kelaskan sebagai sebuah program yang sangat hebat dinamakan "THE STORY" bertempat di Dewan Censelor, Universiti Multimedia, Cyberjaya.
THE STORY ini merupakan program yang dianjurkan oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM), yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan juga perjalanan hidup 3 individu Malaysia ini bersama tetamu yang hadir.
THE STORY
Kenapa patik menaruhkan percutian patik demi program THE STORY ini? Ini kerana program yang patik luangkan ini menampilan 3 orang individu yang sangat hebat di Malaysia. Mereka adalah Dato' Siti Nurhaliza Taruddin (penyanyi no. 1 Malaysia), Datuk Kamaruddin Maranun (Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4).
Haaa nampak ke tidak mereka yang sangat hebat ingin berkongsi kisah suka duka mereka didalam bidang masing-masing. Patik pasti kehadiran tetamu rata-rata ingin melihat sendiri idola mereka secara dekat sambil mendengar nasihat dan juga pengalaman mereka ini.
Program dimulakan dengan perkongsian daripada Dato' Siti Nurhaliza Taruddin. Ikon persada seni tempatan dan antarabangsa ini telah menghasilkan lebih dari 20 buah album dan memenangi 200 anugerah di dalam dan luar negara. Beliau telah berkongsi kepada para penonton kunci kepada kejayaan dalam mengejar impian sebagai seorang anak seni. Beliau juga turut berkongsi kisah suka duka dan cabaran sebagai seorang anak seni di sepanjang perjalanan karier seni penuh warna-warni beliau.
Apa yang boleh patik simpulkan, bukan senang untuk menjadi anak seni. Selain kena kuat fizikal, kekuatan mental juga penting bagi menangkis segala kisah didalam dunia yang dianggap indah oleh mata masyarakat.
Kemudian kami dikenalkan dengan seorang yang sangat tersohor didalam bidang penerbangan. Penerbangan berkonsepkan tambang murah dengan moto 'Everyone Can Fly' menjadi sistem penerbangan ini sebagai alternatif kepada masyarakat Malaysia.
Datuk Kamaruddin Maranun merupakkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X dan juga Pengasas Tune Group sudi memberi sedikit perkongsian bersama penonton yang hadir berkenaan pengalaman penubuhan sistem penerbangan tambang murah ini dan juga cabaran serta peluang didalam bidang penerbangan.
Majlis perkongsian ini diakhiri dengan perkongsian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Boleh dikatakan orang ramai menunggu kehadiran Tun dengan sabar.
Kehadiran Tun bersama ister, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sangat menangkap mata. Mereka ini boleh patik katakan sebagai pasangan yang sangat comel dan bahagia yang sentiasa menemani si suami kemana sahaja tanpa menggaanggu urusan si suami sebagai tetamu utama.
Banyak kisah yang beliau ceritakan bermula dari beliau kecil, zaman belajar sehinggalah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun.
Pengunjung diberi peluang untuk menanyakan soalan berkenaan peribadi dan juga tips-tips berguna yang boleh dijadikan pedoman oleh anak muda masa kini.
Sekalung tahniah kepada pihak penganjur, Generasi Bersatu Malaysia (GBM) diatas penganjuran yang boleh patik katagorikan sebagai penganjuran yang hebat yang menampilkan 3 insan hebat di Malaysia ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai THE STORY dan Generasi Bersatu Malaysia (GBM) sila hubungi Generasi Bersatu Malaysia di talian 03-21638383.
Sebarang pertanyaan media mengenai The Story boleh diajukan kepada Ilya Qastalanni (ilya@aklasse.com.my) atau Sam Syadeed (sam@aklasse.com.my) di talian 012 920 9011.
Terima kasih patik ucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan yang sangat bermakna ini.
Comments
Post a Comment