AKTIVITI WATER RAFTING DI RIVERBUGS ASIA GOPENG

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING DI RIVERBUGS ASIA GOPENG | Siapa sangka pertama kali merasai pengalaman bermain sukan extrim water rafting di Sungai Kampar, Gopeng Perak ini adalah pengalaman yang patik tidak akan lupakan. Terima kasih kepada team Honda Malaysia kerana membawa kami rakan blogger merasai pengalaman mencabar ini. 

Untuk pengetahuan semua, Riverbug Asia ini adalah sebuah kawasan yang boleh patik kelaskan sebagai lokasi untuk program team building dan boleh juga sebagai tapak melakukan aktiviti ekstrim seperti water rafting yang terletak di daerah Gopeng Perak. 

Disini juga terdapat sungai dinamakan Sungai Kampar yang dikatakan sebagai sungai yang mencabar bagi melakukan aktiviti water rafting. 

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudahan yang mereka sediakan memang sesuai untuk bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti outdoor bersama rakan sepasukan atau pun melakukan aktiviti riadah atau sukan lasak seperti water rafting kerana Riverbug Asia ini sebuah organisasi pakar dalam mengendalikan aktiviti lasak ini. 

Sebelum memulakan aktiviti water rafting, jom kita beramah mesra dengan keindahan alam ni haaa. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Untuk kelokasi mula, korang semua akan menaiki lori kerana lokasi yang korang akan sampai sebenar lagi sedikit curam dan berbahaya untuk korang memandu sendiri. Lagi pun pakej yang korang ambil itu termasuklah dengan kederaan yang akan membawa korang dikawasan permulaan. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit akhirnya sampai. Setibanya dikawasan permulaan, korang akan diberikan penerangan ringkas serta risiko yang bakal korang hadapi sepanjang beraktiviti ini. Dengan penerangan ini, korang sedikit sebanyak dapat mengetahui bagaimana situasi sepanjang berada didalam boat getah ini. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Yeszaaaa kami semua sudah bersedia. Korang akan dibekalkan dengan safety helmet, safety jacket dan juga paddle pengayuh. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kemudian korang akan berjalan kaki untuk meuju kesungai dimana disinilah korang akan dilepaskan. Perasaan patik pada masa ini memang cuak. Dengan deruan air sungai yang mengganas menjadikan patik makin cuak. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Ini adalah rakan sekapal patik bersama dengan kepala pengemudi (berbaju biru) yang ditugaskan untuk menjadi kepala dan mengawalselia boat getah kami sepanjang kami mendayung. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Sungai Kampar, Gopeng Perak ini dikelaskan sebagai 3/6 (sederhana bahaya)mengikut keadaan air sungai. Sekiranya selepas hujan, kelas sungai ini mngkin boleh menjadi 4/6 atau 5/6 (agak bahaya) yang memerlukan teknik yang betul pakar untuk mengendalikan boat getah. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Kebiasaan ada kawasan yang tenang dan ada kawasan yang memerlukan kami dipandu oleh pengawal kami dengan memberi beberapa arahan FORWARD (kayuhan kedepan), BACKWARD (kayuhan kebelakang), BUM BUM (duduk didalam boat) dan JUMP JUMP (lompat-lompat ditepi boat getah untuk bergerak dari tersekat dekat batu).

AKTIVITI WATER RAFTING



Pada awalnya memang boat kami memang stabil. Tetapi apakan daya akhirnya..........

AKTIVITI WATER RAFTING

 Boat kami karam...

Semasa boat kami terbalik, masing-masing pati pasti agak panik. Seperti yang diberitahu semasa penerangana awal. Kejadian dimana korang akan berada dibawah boat mungkin terjadi. Yes patik telah berada didalam situasi tersebut. Boat getah berada diatas kepala patik. 


Mujur patik ingat pesanan untuk tarik nafas dalam-dalam dan tunduk masuk didalam air untuk keluar dari kepungan boat getah tersebut. Fiuhhhh pengalaman yang memang akan patik ingat sampai bila-bila. 

AKTIVITI WATER RAFTING

Aktiviti kami berkahir dengan keseronokkan dan pengalaman yang boleh disimpan didalam kamus hidup masing-masing. 


Terima kasih kepada pihak Riverbug Asia, Gopeng Perak kerana melayan kami semua dan juga team Honda Malaysia sepanjang keberadaan kami disini.



Kepada anda semua yang ingin merasai pengalaman seperti ini, bolehlah untuk berhubung dengan pihak mereka seperti didalam informasi ini. 


Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak) 
+6019-8204 921 (Sabah)

Email:
book@riverbug.asia

Comments

  1. Tak banyak muka bro...

    Nampak sangat team karam tengah boikot Bro nie... he...23x

    ReplyDelete
  2. hahahhahaa sebab bro tak karam jadi tak geng hahahahahahhaha...sbnrnya photographer tu syg team kiteorang sbb ada sorang penakut dalam boat tu..rindu team karam!

    ReplyDelete
  3. aku teringin nak water rafting wei... btw,bilik dia lawa,katil pun! mcm katil ikea aku tgk..

    ReplyDelete
  4. HAHAHHAHAH gmbo saye semuaaaaaaaaaaaanyerrrrr kemain excited dgn peace tuh! HAHAHHAHA sabo je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN