HOTEL UJANA TANG DYNASTY KOTA KINABALU BERKONSEP MEWAH TETAPI MURAH
HOTEL UJANA TANG DYNASTY KOTA KINABALU BERKONSEP MEWAH TETAPI MURAH | Hotel yang berkonsepkan mewah tetapi murah ini dinamakan Hotel Ujana Tang Dynasty atau nama lamanya adalah Hotel Ujana Tang Dynasty memang tersangatlah berbaloi untuk bermalam.
Berlokasi di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu menjadikan hotel ini pilihan abam kaww untuk abam review. Berhampiran dengan tempat tarikan perlancongan seperti Pasar Philippine, Tanjung Aru dan juga lapangan terbang menjadikan Hotel Ujana Tang Dynasty ini menjadi pilihan ramai pengunjung untuk bermalam.
Pertama kali melangkah patik rasakan harganya semestinya mahal dan memang patik kaww yang biasa-biasa ini hanya mampu melihat flyers penerangan harga jeee kan. Dengan lobi hotel yang sangat wowww dan sangat selesa ini, patik pasti korang mesti punya sangkaan seperti patik.
Korang boleh rasai dan melihat sendiri keadaan dilobi yang patik maksudkan. Memang tak terjangka patik dengan harga yang akan ditawarkan disini.
Kedatangan korang akan disambut dengan penyambut tetamu yang sangat ramah dan murah senyuman membuatkan patik selesa berurusan dengan pihak hotel ini.
Apabila melihat senarai harga bilik ni, patik sedikit terkejut dengan harga yang mereka tawarkan. Adakah harga yang mereka tawarkan ini akan memberi perkhidmatan bilik yang sangat biasa-biasa sahaja?
Seperti kebiasaan, harga yang ditawarkan ini adalah sama dengan harga hotel bajet yang ada disemenanjung ni haa. Bilik yang sangat biasa dan korang boleh bayangkan bilik dengan harga yang ditawarkan. Tak begitu?
Kebetulan patik merupakan penjawat awam, patik pun membuat tempahan untuk bilik STANDARD KING. Yang patik perasan disini, mereka menawarkan katil yang jenis KING dan bukan jenis QUEEN yang biasa hotel bajet sediakan.
Fikiran masih membayangkan keadaan bilik 'bajet' yang akan patik menginap nanti. Patik pasrah.
Sesampai jeee ke bilik menginap, patik rasa bagai tidak percaya. Adakah mereka ni salah memberi bilik? Kenapa bilik ni terlalu ekslusif? Adakah mereka tau patik ni blogger?
Macam-macam yang patik fikirkan.
Inilah bilik yang berharga "bajet" disini, tetapi korang boleh dapat dengan begitu ekslusif. Hanya berharga RM88 TERMASUK sarapan pagi ini memang sangat-sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Haaaa bagaimana korang rasa? Adakah sama dengan dengan hotel bajet yang lain?
Secara keseluruhan patik sangat-sangat berpuas hati dengan Hotel Ujana Tang Dynasty Kota Kinabalu ini untuk menginap. Patik sangat-sangat cadangkan kepada semua untuk datang menginap disini dengan harga yang murah tetapi servis yang sangat mewah.
Bagi mereka yang ingin menginap disini, ni haaa patik sediakan informasi untuk kesana.
Tang Dynasty Park Hotel / Hotel Ujana Tang Dynasty
TL 147 Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-222 999
Website:
Facebook:
murah dan selesaaa sangat tengok hotel ni.mmg jimat..suka! suka!
ReplyDeletePergh. memang terbaek la review .. =D
ReplyDeleteHotel ni dh jd hotel utama aku tiap kali outstation ke KK...
ReplyDelete