TEMPAT PARKIR BERTINGKAT AUTOMATIK DI TERENGGANU
PARKIR BERTINGKAT AUTOMATIK DI TERENGGANU | Siapa sangka parking bertingkat yang selalu kita lihat di media sosial atau pun didalam media masa kini wujud di Bandar Raya Kuala Terengganu.
Tempat Parkir Bertingkat Automatik ini mula beroperas di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu pada 3 Februari 2011 lalu dan diselenggara sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Cetusan idea ini adalah daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang menhatakan dengan kewujudan tempat parkir seperti ini ia mampu menyelesaikan masalah tempat letak kereta khususnya di Bandar Raya Kuala Terengganu yang menelan belanja sebanyak RM9.8 juta.
Apa yang boleh patik katakan adalah:
• Menjimatkan penggunaan tanah - Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta.
• Menjimatkan masa - Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa.
• Aspek keselamatan - Pemandu khusunya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa.
• Memudahkan - Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya.
Parkir itu itu mampu memuatkan lebih 200 buah kereta serta 32 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada suatu masa.
Bayaran parkir:
RM2.50 - sejam pertama
RM1.00 - untuk 1 jam berikutnya
Parkir bulanan - RM150.00 sebulan
Masa operasi:
Sabtu hingga Khamis - 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat (tutup)
Secara peribadi patik sangat suka konsep yang cuba diterapkan didalam pembikinan parkir seperti ini. Walaupun sedikit mahal, tetapi penjimatan lain dapat dikurangkan.
Mcm takut plak nak parking.. pehtu mula fikir bkn2.. kalo org bleh sakit ini mesin kannn.. uhukk phewwww
ReplyDelete