COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA MEMANG TERBAIK !!


COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA MEMANG TERBAIK !! | Sekiranya berkunjung ke Melaka memang tidak sah sekiranya tidak merasai kenikmatan coconut shake. 

Untuk perkongsian patik kali ini, apa kata korang cuba berkunjung ke Coconut Shake Batu Berendam Melaka bagi merasai kenikmatan coconut shake mereka yang bagi patik memang terbaik.

Apa yang patik perasan jika korang ingin menikmati coconut shake ini, korang kena beratur panjang kerana memang coconut shake di Klebang mahupun di Batu Berendam ini korang perlu beratur untuk menikmatinya.

Sememangnya coconut shake di Melaka sesuatu yang berlainan dan harus dicuba oleh pengunjung yang datang ke Melaka.


Buah kelapa yang mereka gunakan juga memainkan peranan demi memberikan rasa yang enak selain resepi tersendiri yang memang berlainan berbanding di Kuala Lumpur mahupun Selangor.


Gerun pulak patik tengok mesin blender yang mereka gunakan ni haaa. Mana tidaknya, mesin yang banyak dan semuanya berfungsi bagaikan kilang untuk menghasilkan coconut shake yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung. 


Dari segi harga pulak, bagi patik ianya sememangnya berpatutan. Coconut shake biasa dijual pada harga RM2.50, Coconut Shake Special RM3.00 dan Coconut Shake Double Special RM3.50

Apa perbezaan diantara special dan double special? Perbezanya adalah pada bilangan scoop ice cream vanilla samada  1 scoop untuk special dan 2 scoops untuk double special. Pilih lah mana yang korang berkenan.


Patik juga turut serta bersama-sama beratur panjang demi untuk mendapatkan secawan coconut shake yang sangat popular di Melaka ini. 

Patik tak tahulah orang-orang Melaka sendiri, adakah mereka beriya seperti orang luar untuk menikmati coconut shake ini?

Bagi mereka yang ingin menikmati Coconut Shake Batu Berendam Melaka ini, korang boleh gunakan aplikasi waze dengan menaip "coconut shake batu berendam" dan aplikasi tersebut akan membawa anda sehingga depan gerai ini.


Comments

  1. memang best gila coconut shake kt situ.. pastu service dia punya lah pantas.. lagi lagi kalo kita stay minum kat situ.. rasa xsempat bontot nak panas eh coconut shake dh sampai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN