PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Peluang untuk merasai penginapan di hotel 5 bintang yang terletak di Bandar Baru Bangi tidak patik lepaskan. Walaupun patik tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi, hotel ini tidak pernah patik kunjungi. Hahahaha.
Untuk perkongsian kali ini patik ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman bermalam di Hotel Bangi Putrajaya yang dahulunya hotel ini dinamakan Hotel Equitorial Bangi.
Untuk pengetahuan semua, terdapat 4 jenis bilik di Hotel Bangi Putrajaya ini iaitu Deluxe Room, Premier Room, Premier Family dan juga Suite Room.
Bilik-bilik mempunyai keistimewaan masing-masing dan patik boleh katakan ianya memang sangat-sangat selesa dengan harga yang sangat mampu milik dengan taraf 5 bintang.
PREMIER ROOM
Bilik yang patik menginap kali ini adalah jenis Premier Room yang boleh memuatkan 2 orang. Bagi patik bilik boleh memuatkan sehingga 3 orang untuk 1 katil kerana bilik ini menyediakan katil yang bersaiz king dan memang sangat luas.Korang bolehlah melihat apa yang best seronok dan gembiranya bilik yang patik dapat.
Ruang bilik yang sangat cantik
Katil yang sangat luas
Sofa dan juga meja untuk bekerja
Televisyen bersaiz 32 inci untuk hiburan
Welcoming fruit
Bilik yang selesa
Ruangan bilik mandi yang sangat cantik termasulah bath tub
DELUXE ROOM
Perbezaan Deluxe Room adalah pada dekorasi biliknya dan saiz biliknya yang sedikit kecil berbanding Premier Room. Jika di Premier Room sofa bersantai adalah untuk 2 orang tetapi di Deluxe Room, sofa santainya adalah untuk seorang.
Walaubagaimanapun bagi patik keadaan bilik ini masih boleh memuatkan maksimum 3 orang kerana katil mereka adalah jenis king yang memang luas didalam suatu masa.
Keadaan bilik jenis Deluxe Room
Katil jenis king disediakan
Balkoni untuk bersantai
PREMIER FAMILY
Bagi bilik jenis Premier Family ini, bagi patik sangat sesuai bagi mereka yang datang menginap untuk 4 orang kerana katil yang mereka sediakan walaupun dikatakan single, tetapi keluasannya memang boleh menampung 2 orang untuk 1 katil.
Pendek kata korang akan rasa berbaloi sekiranya datang ramai-ramai dan memilih bilik ini untuk menginap.
Katil yang sangat luas
Ruang bilik yang sangat selesa dan luas
Ruang bilik air
Bilik mandi yang sangat ekslusif dekorasinya.
Apa yang boleh patik cadangkan, bilik ini memang sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga. Walaupun katil hanya 2 buah, keluasan bilik ini memungkinkan untuk korang menggunakan kaedah lain untuk bersantau dibahagian bawah katil.
Memang berbaloi.
KEMUDAHAN LAIN
Selain bilik yang selesa, patik juga berpeluang untuk merasai dan melihat kemudahan lain yang disediakan di Hotel Bangi Putrajaya. Memenag berbaloilah korang yang datang menginap dekat sini.
Ruangan gymnasium
Punching bag atau ruangan tinju
Bagi mereka yang suka sukan skuash, mereka juga menyediakan ruang ini.
Spa yang sangat selesa jga disediakan bagi mereka yang ingin dimanjai.
Ruangan menukar pakaian juga memang sangat selesa.
Bilik mandi yang sangat best.
Bilik sauna juga disediakan.
Hotel Bangi Putrajaya juga menjadi tempat transit bagi pramugara & pramugari untuk menyambung penerbangan mereka.
Kolam renang yang sangat cantik sesuai untuk seisi keluarga.
Secara keseluruahan patik sangat-sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan juga apa yang Hotel Bangi Putrajaya berikan dan patik sangat-sangat mencadangkan kepada semua untuk mencuba merasai pengalaman menginap di hotel ini.
Terima kasih patik ucapakan kepada pihak Hotel Bangi Putrajaya atas layanan dan kerjasama dengan pihak kam Projek Travel. Patik bagi pihak team Projek Travel sangat-sangat hergai.
Terima kasih patik ucapakan kepada pihak Hotel Bangi Putrajaya atas layanan dan kerjasama dengan pihak kam Projek Travel. Patik bagi pihak team Projek Travel sangat-sangat hergai.
Bagi mereka yang tercari-cari dimana lokasi hotel yang best untuk diduduki pada harga yang boleh patik kata berbaloi, bolehlah mencuba untuk menginap disini.
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Telefon:
+603 8210 2222
Fax:
+603 8210 2888
Email:
Website:
Memang canteklah..lepas tuh katil dia memang besar. Cleanliness pulak terbaik..bersih jer semua tempat. Kolam renang pon besar..Thumbs Up!
ReplyDelete