SARAPAN PAGI DI CAFE LAVISTA HOTEL BANGI PUTRAJAYA
SARAPAN PAGI DI CAFE LAVISTA HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Kalau bersarapan di mamak, gerai-gerai tepi jalan mungkin terlalin mainstream atau cliche kan. Jadi apa kata korang cuba untuk bersarapan pagi di Cafe Lavista yang berlokasi di Hotel Bangi Putrajaya.
Apa yang menariknya disini adalah seleksi makanan yang disajikan memang akan menguji nafsu makan korang semua. Korang saksikanlah limpahan menu yang disediakan disini.
Antara menu makanan dan minuman yang disediakan disini. Memang terbaik menu mereka. Selain makanan berkonsep barat, menu seperti nasi lemak, roti canai, makanan yang bersup juga disediakan disini. Kiranya patik masih boleh makan menu-menu yang berkonsep melayu. Orang melayu tulen katenye. Hahahaha
Ni adalah antara yang patik sempat cuba. Sebenarnya banyak lagi makanan yang patik cuba, tapi cukuplah yang ini untuk diabadikan didalam blog patik ini. Hahaha..
Selain ruang makan yang disediakan disebelah dalam, Cafe Lavista Hotel Bangi Putrajaya ini juga menyediakan ruangan santai disebelah luar cafe yang sesuai untuk mereka yang inginkan udara segar atau pun sesuai untuk mereka yang mereokok.
Yang patik suka di Cafe Lavista Hotel Bangi Putrajaya ini adalah konsep open kitchen. Konsep yang boleh patik kelaskan sebagai telus pelanggan dimana korang boleh melihat chef mereka menyediakan makanan yang kita minta secara langsung.
Apa pun patik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Cafe Lavista Hotel Bangi Putrajaya kerana sudi menerima patik dan rakan dari Projek Travel ke sesi pengenalan kali ini.
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman seperti patik, korang boleh ke sini dan rasai sendiri menu-menu yang disediakan disini.
Cafe Lavista
Hotel Bangi Putrajaya
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Telefon:
+603 8210 2222
Fax:
+603 8210 2888
Email:
info@hotelbangi-putrajaya.com
Website:
Comments
Post a Comment