TEATER MUZIKAL MAK CUN DI ISTANA BUDAYA
TEATER MUZIKAL MAK CUN DI ISTANA BUDAYA | Korang pernah menonton drama brsiri Mak Cun di TV3? Drama Mak Cun pernah menjadi fenomena apabila mengenengahkan dialek utara sebagai bahasa perantaraan didalam drama tersebut. Keletah dan lawak jenaka Mak Cun dan orang kampung memang menghiburkan.
Bermula 14 sehingga 22 November 2015, Istana Budaya Kuala Lumpur karya Mak Cun diangkat menjadi sebuat tetater muzikal menjadi Teater Muzikal Mak Cun.
Bermula 14 sehingga 22 November 2015, Istana Budaya Kuala Lumpur karya Mak Cun diangkat menjadi sebuat tetater muzikal menjadi Teater Muzikal Mak Cun.
Tempoh hari (13 Nov 2015) patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput ke malam gala pementasa Teater Muzikal Mak Cun ini. Disebabkan malam gala ini melibatkan blogger dan media, jadi kami diberi peluang untuk merakam gambar-gambar sepanjang tetater berlangsung.
Jom patik kongsikan beberapa gambar untuk Teater Muzikal Mak Cun.
Jom patik kongsikan beberapa gambar untuk Teater Muzikal Mak Cun.
Pelakon yang menjayakan tetater ini adalah Erma Fatima, Datin Seri Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dafi Ismail, Betty Rahmad dan Ungku Ismail.
“Watak Mak Cun melambangkan kesungguhan dan tidak kenal erti tidak putus asa. Dia tetap yakin bahawa satu hari nanti perniagaan bedak sejuknya akan mencapai tahap antarabangsa. Anak-anak kecil boleh melihat elemen itu, mungkin kerana itu mereka gemarkan Mak Cun -Erma Fatima"
SINOPSIS TETATER MUZIKAL MAK CUN
Mak Cun semakin bersemangat untuk memasarkan bedak sejuknya ke persada dunia. Mak Cun mula menyedari bahawa pengalamannya sebelum ini ke Spain dan Bangkok mengajarnya bahawa pentingnya bahasa Inggeris. Lalu Mak Cun memaksa Pak Akob untuk membuka kelas bahasa Inggeris kepada semua orang kampung yang mahu menjadi usahawan, namun tidak semudah yang disangkakan.
Satu hari, kampung Kokdiang gempar dengan kepulangan Aton bersama kekasih barunya Justin, seorang lelaki mat saleh. Mak Cun terkejut Aton bawak balik lelaki mat saleh nak kenalkan pada Mak Cun untuk jadi menantu. Orang kampung mengutuk Mak Cun belajar bahasa Inggeris kononnya kerana nak bercakap dengan bakal menantu mat salehnya itu.
Seorang Pegawai MARA, Encik Haidar turun ke kampung Kokdiang bersama Meor Pegawai Pemasaran MARA. Mereka mendapat tahu bahawa kampung Kokdiang ini ipenuhi dengan peniaga-peniaga yang mampu di bantu untuk menjadi usahawan desa yang berjaya. Mereka cuba memberi motivasi kepada penduduk kampung itu. Haidar digelar ‘abang sado’ dan menjadi kegilaan anak-anak muda dikampung itu terutamanya Manisah kerana ‘ke-sado-annya’. Manisah terus mengubah selera kepada anak ikan pula. Berebut-rebutlah Manisah dengan beberapa orang kampung disitu untuk menambat hati abang sado itu termasuklah Atul.
Kampung Kodiang bertambah kecoh dengan konflik-konflik ini.
Mungkinkah Mak Cun akan menerima Justin?
Siapakah pilihan hati abang sado?
Secara keseluruhan, patik berikan 10/10 terhadap persembahan ini dan menyeru kepada semua yang belum membeli tiket untuk segera ke Istana Budaya bagi menyaksikan Tetater Muzikal Mak Cun ini.
Selepas persembahan gala malam tersebut, sesi temubual dilakukan sebagai menzahirkan rasa para pelakon dan juga peneribit didatas pementasan pertama mereka sebelum dibuka kepada umum pada 14 Nov 2015.
Kepada semua yang ingin menyaksikan Teater Muzikal Mak Cun yang telah mula dipentaskan bermula 14 Nov 2015 sehingga 22 Nov 2015, bolehlah mendapatkan tiket secara online di http://redtix.airasia.com/events/teatermuzikalmakcun/ atau terus ke Istana Budaya Kuala Lumpur untuk pembelian tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106, RM156, RM256.
Jom saksikan Teater Muzikal Mak Cun !!!
Comments
Post a Comment