#TSDAYOUT ISTIMEWA SELANGOR VS SARAWAK PART 1
#TSDAYOUT ISTIMEWA SELANGOR VS SARAWAK | Sebenarnya patik selalu melihat rakan blogger patik joint program yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor yang selalu diberi nama #TSDayOut. Jauh disudut hati patik teringin untuk turut serta mengikut progeam mereka ini.
Dan untuk pertama kali selepas mengisi borang yang disediakan untuk program istimewa yang diberi nama #TSDayOut Special Edition, patik dijemput untuk turut serta ke program anjuran Tourism Selangor.
Untuk edisi istimewa kali ini, Tourism Selangor akan membawa kami seramai 20 orang rakan blogger & media ke Negeri Sarawak dengan kerjasama Air Asia sebagai rakan penaja penerbangan kami ke sana nanti.
Perasaan memang sangat seronok kerana mereka akan membawa patik ke Sarawak oii !!! Hahaha.
HARI PERTAMA
Hari pertama kami bermula di Pejabat Tourism Selangor yang terletak di Shah Alam dimana kami semua berkumpul dan akan menuju ke Klang bagi aktiviti ala-ala treasure hunt iaitu Heritage Trail.
Heritage Trail adalah sebuah inisiatif pihak Klang Municipal Council dan Tourism Selangor . Heritage Trill ini akan bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di pekan Klang. Baru patik ingat yang Klang juga dipanggil Bandar Diraja.
Sebelum memulakan Heritage Trill, kami diberi sedikit penerangan sebagai peringatan sebelum memulakan tugasan kami. Untuk pengetahuan semua, aktiviti kami ini akan melibatkan kawasan galeri pameran dan juga kawasan sekitar Little India, Klang ini.
Patik diberi kumpulan dengan Devi yang pertama kami patik jumpa. Uniknya tugasan kali ini adalah kami semua diberi tugasan dalam bentuk pantun dimana didalam pantun tersebut ada jawapan yang perlu kami cari. Memang sangat menguji daya fikiran kami.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bersatu dengan 2 kumpulan lain menjadi 1 kumpulan besar. Hahahaha. Dah masing-masing tergaru-garu memikirkan jawapan, kami pun apa lagi. Hahahaha.
Walaupun patik memang berasal dari Negeri Selangor, rupanya banyak kisah Negeri Selangor yang patik sendiri tidak tahu dan baru laaa patik tau kenapa Klang digelar Klang Bandar Diraja kerana banyak rahsia tersimpan disini.
Tengkorak ini adalah antara kisah daulat Sultan Selangor
Perhiasan yang terdapat di jalan Little India, Klang
Balai Bomba Klang ini adalah bangunan lama yang amsih digunakan
Mencari penjual bunga melur
Jika korang berada di pekan Klang ini, korang akan dapati 3 budaya agama berbeza iaitu agama Islam, Kristian dan Hindu diletakkan berhampiran satu sama lain dimana betapa majmuknya rakyat Selangor.
Jejantas 2 tingkat yang masih utuh berdiri disini yang terbina dahulu kala
Sirih masih dijual di Little India Klang
Makanan tradisi India, Ladoo menjadi antara tugasan kami
Melihat pembuatan inai secara langsung. Sangat berseni kakak ni
Merasai menu India diatas daun pisang
Sedikit informasi berkenaan Heritage Trail:
- Dibawa oleh Tourist Guide yang diiktiraf dan professional
- Jelajahi lebih dari 9 kawasan bersejarah di Klang
- Trip adalah percuma
- Setiap hari Sabtu SAHAJA
- Berjalan kaki bermula dari Jam 9.15pagi hingga 11.45 pagi
- Pendaftaran di Galeri Diraja Sultan Abdul Azizi
- Inisiatif Klang Municipal Council dan Tourism Selangor
Akhirnya aktiviti kami tamat lebih kurang 2 petang dan kami dibawa terus ke Hotel Empire Subang dimana hotel ini telah menjadi penaja rasmi penginapan kami untuk 1 malam sebelum kami berangkat ke Negeri Sarawak keesokan harinya.
Yang bestnya Hotel Empire Subang ini adalah dikawasan lobinya, korang boleh mengongak keatas dan kesemuanya adalah cermin. Apa lagi jom selfie !!!
Lepas dapat kunci, masa untuk melangkah kebilik
OMG !! Sangat ohsem gileh laaa bilik di Hotel Empire Subang ni haaa. Menurut mereka, mereka tidak begitu mengejar taraf-taraf bintang ini, tetapi mereka lebih kepada kepuasan pelanggan yang datang dan merasai seperti berada dirumah mereka sendiri.
Ruang kerja & santai
Lukisan dinding yang besar & cermin disana-sini
Ruangan yang sangat selesa
Tadaaaa.. katil bersaiz single yang memang besar
Perkongsian informasi bagi Hotel Empire Subang:
- Mempunyai 198 Bilik
- Terletak bersebelahan Empire Gallery Shopping
- Mempunyai 5 jenis bilik berlainan
- Sesuai untuk adakan pelbagai jenis acara
Selesai bersiap-siap dibilik, masa untuk makan malam disediakan oleh pihak hotel. Memang terbaiklah servis yang mereka berikan kepada kami 20 orang rakan blogger dan media ini.
Haaaaa.. bagaimana tatapan mata korang? Ada rasa bagai nak termeninggal? Hahahaha. Ini adalah sebagai perkongsian patik untuk semua.
Terima kasih kepada pihak Tourism Selangor dengan kerjasama Sarawak Tourism Board atas kesudian menerima kami semua. Tidak lupa kepada pihak penaja hotel rasmi iaitu Hotel Empire Subang dan juga penerbangan rasmi kami iaitu Air Asia.
TERIMA KASIH BERBANYAK !!!
Kredit gambar & info: www.budakpacak.com
Comments
Post a Comment