#TSDAYOUT ISTIMEWA SELANGOR VS SARAWAK PART 2
Baca disini untuk [PART 1]
HARI KEDUA
#TSDAYOUT ISTIMEWA SELANGOR VS SARAWAK | Seawal 5 pagi kami semua telah bergerak keluar meninggalkan Hotel Empire Subang untuk menuju ke KLIA2 untuk penerbangan kami pada jam 7.30 pagi bagi meneruskan aktiviti kami di Negeri Sarawak pula.
Disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, kami terbang dengan menggunakan penerbangan Air Asia pada jam 12.55 tenghari.
Akhirnya kami semua selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kami disambut oleh pihak Sarawak Tourism Board dengan rantai manik yang sangat halus buatannya.
Kemudian kami terus dibawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Emperial Hotel Kuching untuk 2 malam.
Kami kemudian diberi bilik untuk bersiap-siap bagi meneruskan aktiviti ronda-ronda sekitar Kuching.
Inilah bilik yang akan patik menginap untuk 2 malam seterusnya sehingga program ini tamat. Memang sangat selesa kerana walaupun katilnya bersaiz single, korang boleh bergolek-golek bagaikan katil jenis queen yang besar. Terima kasih pihak Emperial Hotel Kuching untuk penginapan ini.
Selesai bersiap-siap, kami dibawa untuk meronda disekitar Kuching Waterfront sambil menikmati angin petang sebelum malam melabuhkan tirai.
Kemudian kami diberi peluang untuk menaiki Sarawak River Cruise yang akan menyusuri Sungai Sarawak ini.
Kek lapis memang tidak boleh ditinggalkan bila ke Sarawak
Bersama #travellingberuang
Tarian tradisi masyarakat Sarawak
Selepas menyusuri sungai Sarawak, kami kemudian dibawa makan malam di sebuah medan selera yang orang kata kalau datang ke Kuching mesti singgah ke Top Spot untuk merasai makanan lautnya disini.
Makanan laut yang kami semua nikmati malam tersebut. Betul orang kata, memang terbaik menu mereka disini. Sangat segar makanan laut disini sampai licin laaa kami semua belasah. Huhuhu
Tamat sudah kisah kami untuk hari kedua di Negeri Sarawak.
Terima kasih kepada pihak Tourism Selangor dengan kerjasama Sarawak Tourism Board atas kesudian menerima kami semua. Tidak lupa kepada pihak penaja hotel iaitu Hotel Empire Subang dan Imperial Hotel Kuching dan juga penerbangan rasmi kami iaitu Air Asia.
TERIMA KASIH SEMUA !!!
Comments
Post a Comment