#TSDAYOUT ISTIMEWA SELANGOR VS SARAWAK PART 4
Baca disini untuk [PART 1]
Baca disini untuk [PART 2]
Baca disini untuk [PART 3]
HARI KE EMPAT
Hari terakhir kami disini sebelum kami pulang balik ke negeri kami semula.
Seawal pagi kami akan bergerak ke 2 buah gua yang dikatakan mempunyai kisah tersendiri. Untuk pengetahuan semua, disebelah Sabah & Sarawak, mereka begitu kaya dengan pelbagai jenis gua dan juga pelbagai cerita yang mengaitkan terbinanya gua-gua tersebut.
Untuk gua pertama yang patik pergi, gua ini dinamakan Fairy Cave atau Gua Pari-pari. Mengikut kisah mitos yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami, dahulunya kawasan ini adalah penempatan dimana mereka selalu melakukan perkara kejam trhadap kanak-kanak. Disebabkan pari-pari tidak tahan melihat kekejaman ini, maka penduduk kawasan ini disumpah menjadi batu.
Kalau korang boleh tengok bentuk-bentuk batu disini seakan-akan tubuh manusia yang dikatakan penduduk kampung tersebut yang disumpah menjadi batu.
Sebelum memasuki Fairy Cave ini, korang kena mendaki menara tangga ni sampai keatas sebelum masuk kedalam mulut gua ini.
Sebelum wujudnya menara tangga tadi, tangga kecil ini khabarnya telah digunakan untuk memasuki mulut Fairy Cave. Patik rasa memang mencabar sebab tiada pemegang tangga dan juga anak tangganya yang begitu kecil akan memberi kesukaran kepada pengunjung.
Mulut gua ini menjadi pintu masuk kedalam Fairy Cave ini.
Keadaan didalam gua ini memang gelap. Kami terpaksa menggunakan lampu suluh ataupun lampu dari telefon bimbit sebagai pencahayaan untuk melihat sekeliling.
Laluan yang gelap
Khabarnya gua ini menjadi tempat persembahyangan agama lain kerana terdapat patung didalamnya.
Patik sempat merakamkan kenangan didalam Fairy Cave ini
Keseluruhan kawasan gua yang sempat patik rakam
Anak-anak tangga yang menjadi laluan kepada pengunjung
Begitu luas bila berada ditengah-tengah gua ini
Keadaan yang memang gelap
Laluan sungai kecil
Tamat sudah penjelajahan kami semua ke kedua-dua gua yang menjadi tumpuan pengunjung tatkala mengunjungi Kuching, Sarawak.
Dengan berakhirnya penjelajahan kami
Dengan berakhirnya penjelajahan kami
Terima kasih kepada pihak Tourism Selangor dengan kerjasama Sarawak Tourism Board atas kesudian menerima kami semua. Tidak lupa kepada pihak penaja hotel iaitu Hotel Empire Subang, Imperial Hotel Kuching dan juga penerbangan rasmi kami iaitu Air Asia.
TERIMA KASIH BERBANYAK !!!
tongla jalan2 masuk gua
ReplyDelete