BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL KINI DIBUKA | Sejak dua menjak ni, patik lihat banyak butik vendor yang menjadi platform kepada penjual-penjual barangan online muncul dimerata tempat. 

Tidak terkecuali Butik Vendor Dalia Jamil yang telah membuka butik berkonsepkan butik vendor tempoh hari yang berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Patik juga sempat melihat sendiri keadaan butik vendor ini.

Lokasi yang bagi patik agak starategik kerana tidak terlalu tertumpu seperti di Seksyen 7 Shah Alam dimana terdapat pelbagai butik vendor dan juga butik lain muncul yang menjadikan masalah kepada tempat letak kereta pengunjung.  

Menurut pemilik butik vendor ini, Puan Mastura Abdul Rahman, beliau memilih kawasan ini adalah kerana berdekatan dengan SALAM Medical Centre dan juga Hotel De Palma Inn yang memang sangat berdekatan dengan butik ini. Selain itu, keselesaan tempat letak kereta pengunjung juga menjadi keutamaan kepada Puan Mastura yang menjadikan pengunjung mudah untuk membeli belah di butik ini. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Bermula dengan perniagaan aktif secara online dengan menjual handsock dan juga stokin mesra solat menjadikan pemilik butik vendor ini bertekad membuka butik berkonsepkan vendor dimana penjual lain juga berpeluang untuk turut serta dibawah satu payung. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Antara jenama yang turut serta didalam butik vendor ini adalah Qilayya Hijab, Ninth Avenue, Al Hadeef, Niemia dan beberapa label lain yang akan turut serta kemudian. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Selain menjual kelengkapan wanita, Butik Vendor Dalia Jamil ini juga turut menjual pakaian lelaki yang berkonsepkan muslim seperti jubah dan kurta bagi lelaki. 

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Patik turut memperagaakan beberapa pakaian daripada lelaki seperti jubah yang memang sedap dipakai.

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Kelengkapan yang dijual disini bermula pada harga RM2 sehinggalah RM250 meliputi pin tudung, handsock, stokin, inner tudung, blous, jubah, kurta dan sebagainya. 

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri butik vendor ini korang boleh ke:

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL
No. 49, Jalan Nelayan 19A
Seksyen 19, Shah Alam
Selangor

Telefon:
013-272 5881

Waktu Perniagaan:
10.30 pagi - 10.00 malam

Facebook:
Dalia Jamil

Instagram:

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL

Akhir kata, terima kasih atas jemputan dan tahniah kepada pemilik Butik Vendor Dalia Jamil diatas pembukaan rasmi tempoh hari.


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN