CHIN SWEE CAVES TEMPLE TARIKAN TERBARU GENTING HIGHLANDS
CHIN SWEE CAVES TEMPLE TARIKAN TERBARU GENTING HIGHLANDS | Sepanjang patik menaiki puncak Genting Highlands, patik akan melalui suatu kawasan ibadat kaum budha. Sepanjang pengamatan patik mungkin ianya hanyalah sekadar tempat ibadat yang terkawal. Rupanya patik silap.
Terbaru pihak Resort World Genting Highlands telah menjemput patik dan beberapa rakan blogger lain untuk melihat keunikkan kawasan ibadat kaum budha ini iaitu Chin Swee Caves Temple.
Selain bertindak sebagai rumah ibadat, ianya mungkin boleh dijadikan lokasi pengambaran seakan-akan berada di Negara China.
Untuk mereka yang beragama Islam mungkin agak sensetif bila berada lokasi ini. Bagi patik, kalau niat kita untuk melihat budaya, cara dan binaan-binaan didalamnya tidak menjadi masalah. Janji pegangan kita adalah yang satu.
Korang boleh bayangkan keadaan berada diketinggian 4600 kaki dari paras laut? Dengan keadaan yang sangat sejuk, pemandangan yang sangat cantik, kehijauan yang masih kekal, struktur binaan yang seperti berada di Negara China ini memang sangat cantik.
Ukiran pada setiap bumbung memang sangat asli dan sangat cantik. Patik rasa bagai nak abadikan setia ruangan di Chin Swee Caves Temple ini.
Untuk pengetahuan semua, Mendiang Tan Sri Dato' Sri Lim Goh Tong inilah yang membuka kawasan Genting Highlands dan membangunkan sehinggalah menjadi Genting Highlands sekarang.
Apa yang positif yang boleh patik ambil adalah sikapnya yang begitu gigih dan buat selagi mampu menjadi beliau sangat berjaya.
Nampak tak, sempat kami merakam beberapa keping gambar untuk dijadikan koleksi didalam penulisan patik ini.
Secara keseluruhan komen patik adalah Chin Swee Caves Temple ini boleh menjadi lokasi jalan-jalan sambil melihat keindahan dan kehijauan pada ketinggian yang sangat tinggi. Disini korang boleh melihat Kuala Lumpur sekiranya cuaca mengizinkan. Memang cantik.
Oh yaaa. Sebelum patik lupa, patik ingin memberitahu, selain lokasi yang cantik, Chin Swee Caves Temple ini juga menyediakan kemudahan penginapan dimana mereka mempunyai 110 bilik iaitu sebanyak 93 triple room dan 17 double room bagi masyarakat Cina datang untuk berubat, sembahyang dan sebagainya. Terdapat juga dewan khas yang dibina untuk kemudahan pengunjung.
Untuk maklumat lanjut korang boleh dapatkan maklumat seperti berikut:
Website:
Facebook:
Telefon:
03-27181113
Comments
Post a Comment