EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH
EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH | Program EAT TRAVEL WRITE 2.0 yang dianjurkan oleh Gaya Travel telah masuk musim ke 2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada blogger dan rakan media terhadap lokasi makanan setempat dan berkongsi dengan rakan maya masing-masing memalui media sosial yang mereka ada.
Program ini sekali gus boleh membantu meningkatkan kesedaran dan juga sebagai promosi terhadap lokasi makanan disesuatu tempat.
Untuk program EAT TRAVEL WRITE 2.0 ini, kawasan yang mereka tumpu adalah sekitar Serdang, Kajang dan juga Kuala Selangor.
Program ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang program dan sedikit gimik perasmian daripada orang kuat Gaya Travel dan juga wakit daripada Unit Perangcangan Negeri Selangor dengan upacara melambung Teh Tarik.
Selesai upacara perasmian dan penrangan ringkas, kami diberikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memakai mengikut warna baju masing-masing. Haaaa nampak tak baju yang kami pakai tu haa. Sangat menyerlah warnanya. Patik sangat suka !!!
GALERI SATE KAJANG
Lokasi pertama kami adalah Galeri Sate Kajang yang terletak betul-betul di pekan Kajang. Sebenarnya patik sebagai orang yang tinggal berhampiran Kajang ini dan memang selalu makan sate Kajang, patik tidak pernah tahu akan kewujudan galeri ini.
Di galeri ini segala kisah sejarah sate bermula termasuklah cara pembuatan dan juga bagaimana penjualan pada masa tersebut. Memang sangat berinformasi galeri ini.
Berlokasi di betul-betul disebelah Medan Sate Kajang yang berhampiran dengan Stadium Kajang tu haaa ini ditempatkan.
Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang
Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang
Bahan pameran berkenaan sejarah sate di Kajang
Waktu melawat untuk pengunjung
Kemudian kami semua diperkenalkan dengan seorang pengusaha sate iaitu Pak akob yang mengajar kami cara penyediaan sate yang sedap dan patik sempat mencuba mengipas sate. Wowww memang panas yeee mengadap dapur arang ni haaa. Hanya orang yang sabar jee mampu melakukan kerja ini. Hikhikhik
PERTANDINGAN MASTER CHEF
Selesai jelajahan kami, seterusnya patik dan rakan blogger & media lain meneruskan aktiviti yang dipanggil Pertandingan Master Chef.
Tugasan yang jujur patik rasakan ini adalah pengalmaan pertama patik untuk turut serta didalam pertandingan memasak secara langsung.
Patik dan rakan kumpulan lain diwajibkan untuk turut serta didalam pertandingan ini. Terdapat 2 pihan tugasan samada memasak atau pun menyediakan pencuci mulut. Akhirnya patik dan seorang rakan blogger Nannie Isa dari blog www.kitepunye.com memilih untuk memasak.
Bagi geng yang memasak, sebanyak 2 hidangan mestilah disediakan dan salah 1 nya adalah menu kari ikan. Ikan yang disediakan adalah fillet ikan tilapia merah. Segala bahan yang diperlukan telah disediakan.
Yang menjadi masalah kami adalah mesin pengisar tidak disediakan semasa pertandingan berlangsung. Jadi korang kena fikirkan jalan penyelesaian untuk menyediakan bahan tumisan untuk memasak. Memang berpeluh jugak laaa kami sepasukan. Tapi semua ni pengalaman kan.
Selesai sesi memasak selama 45 minit, kami semua dijuri oleh Chef hotel sebenar. Memang cuak untuk mendengar komen mereka. Dah rasa macam joint program Master Chef yang dekat Astro tu haaa. Huhuhu.
Sebenarnya banyak lagi program yang diatur sepanjang Program Eat Travel Write 2.0 ini, tetapi apakan daya, patik mempunyai sedikit masalah keluarga semasa program berlangsung dan memohon untuk menarik diri daripada turut serta didalam program ini.
Apa pun pengalaman yang seronok dapat patik kutip walaupun sekejap. Memang enjoy program seperti ini. Secara tidak langsung patik boleh berkongsi dengan rakan lain lokasi makan, lokasi menginap yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada rakan diluar sana untuk ketempat yang dikongsi.
Terima kasihn kepada pihak Gaya Travel dan semua yang menjayakan progam ini.
pergh bestnya korang!
ReplyDeletenak join gak hehe