KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN
KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN | Patik perasan sejak dua menjak ni, konsep makan yang ala-ala melambak yang orang panggil 'shell out' ni sangat popular di Malaysia.
Patik sebenarnya hanya mengetahui kisah 'shell out' bila ternampak dekat time line facebook patik dimana mereka ni akan berapron sambil menikmati makanan lauk yang dilambakkkan diatas meja panjang sambil dinikmati bersama rakan taulan atau dengan keluarga tercinta dan khabarnya kos makan untuk 1 kepala memakan harga yang boleh tahan mahal dia.
Nak dijadikan cerita, kawan patik telah memberi cadangan untuk membuat konsep 'shell out' dimana korang boleh menikmati makanan laut dengan konsep yang sama pada harga yang sangat berpatutan.
Kami telah mengubah sebuah kelas menjadi konsep ala-ala fine dining. Haaaaa bijak kan kami demi untuk menikmati makanan sama seperti konsep 'shell out' yang digembar gemburkan itu.
Konsep 'shell out' ni memang mudah. Bentang plantik seluas alam, tuang lauk diatas plastik tersebut, pakai apron dan sama-sama menikmati lauk tersebut sehingga habis.
Bila lauk semua telah dituang semua diatas plastik, memang agak teruja laaa sebab keadaan ni bagi patik hampir serupa dengan yang patik lihat orang yang makan di restoran yang dikatakan tersebut.
Memang puas hati dengan cadangan kami ni sebab kos yang kami keluarkan memang sangat berbaloi dan makanan yang kami dapat memang sungguh berbaloi.
Bagi mereka yang ingin merasai konsep shell out harga berbaloi seperti kami ni, korang boleh menghubungi pengusaha dan boleh berbincang dengan mereka untuk menu yang mereka sediakan dan mereka akan terus memberikan servis seperti yang korang lihat apa yang patik alami.
HAMDAN 'SHELL OUT'
017-9850059
Beliau akan menyediakan segala masakan dan keperluan, dan dan terus hantar ke lokasi korang. Korang hanya perlu menyediakan tempat untuk menikmati makanan tersebut.
Bagi patik, perkhidmatan yang sepatutnya boleh dibantu kerana makanan beliau memang terbaik. Sangat sedap, Cubalah !!!
waaaaa. Terliur tengok seafood duk bertenggek bertimbun atas meja gitu
ReplyDeleteMemang Shell out habes habesan nih..kalau makan dekat sana sure terbeliak tengok bill..haha
ReplyDeletewahh..cam best..
ReplyDelete