MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK


MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK | Tempoh hari patik dan 2 rakan blogger patik iaitu Mawardi Yunus & Pena Berkala telah mengadakan jalan-jalan singkat ke Ipoh, Perak.

Ipoh, Perak memang sinonim dengan lokasi hipster yang sangat jarang ditemui di Malaysia dan di Ipoh telah membangun menjadi sebuah lokasi hipster yang sering dikatakan oleh rakyat Malaysia.

Bila orang berkata-kata, hati patik pun teringin juga untuk sampai kesana dan akhirnya kami sampai ke Ipoh, Perak.


Ais Kepal yang dulunya memang popular, kini mungkin dilupakan kita anak moden. Terkini berlokasi di Plan B Ipoh Perak korang akan menjumpai ais kepal yang mungkin serupa seperti zaman mak ayah kita tu haaa. 


Ruangan kedai yang dipanggil BITS & BOBS ini tempat dimana ais kepal yang patik dan mungkin semua orang akan cari. Lokasinya memang betul-betul didalam Plan B tersebut. Untuk menikmatinya korang perlu membuat barisan yang boleh dikatakan panjang. 


Terdapat 4 jenis perisa ais kepal yang korang boleh pilih iaitu NISHIBOOM, JINEEBEE, NINGNONG dan juga BUSYBEE. Masing-masing mempunyai rasa mereka tersendiri. 

Cara pembuatan ais kepal ini sangat mudah. Ais akan disagat dan kemudian dikepal menjadi seperti bebola. Perisa yang korang inginkan akan disimbah diatas ais kepal dan kemudian korang boleh terus membuat nyonyotan terus kepada kepalan tersebut. 


Tadaaaa.. 3 jenis perisa yang berlainan menjadi pilihan patik dan mereka berdua iaitu NISHIBOOM, JINEEBEE dan juga BUSYBEE

Komen patik? Bagi patik konsep yang diketengahkan memang mengembalikan nostalgia zaman mak ayah kita dulu-dulu. Rasanya bila sekali tengok tu patik dapat rasakan betapa manisnya air gula yang disimbah diatas air. Sebalikknya bila patik nyonyot ais kepal tersebut, ternyata ianya seperti kita minum air biasa yang sudah kurang manisnya. 


Korang yang ingin mencuba bolehlah bercadang ke Plan B yang terlatak betul-betul di Ipoh Perak. Patik sudah merasai ais kepal ini. Korang bila lagi?

Comments

  1. Bungkus satu... Ikat tepi ekk... Eh, lupa ni bukan sirap... Hahahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN