FELDA D'SAJI DAN YAYASAN JABAL NUR BERSATU UNTUK DEWAN D'MAHLIGAI KOMPLEKS YJN SEBAGAI LOKASI PELBAGAI MAJLIS


FELDA D'SAJI DAN YAYASAN JABAL NUR BERSATU UNTUK DEWAN D'MAHLIGAI KOMPLEKS YJN SEBAGAI LOKASI PELBAGAI MAJLIS | Bila sebut Felda D'Saji, patik pasti korang mesti teringat akan keenakkan makanan yang disaji oleh mereka. Mereka begitu sinonim memberi perkhidmatan katering untuk majlis-majlis perkahwinan atau apa jua majlis. 

Sidang media sempena kolaborasi Yayasan Jabal Nur & Felda D'Saji
Sidang media sempena kolaborasi Yayasan Jabal Nur & Felda D'Saji
Terbaru Felda D'Saji dan Yayasan Jabal Nur telah menandatangani perjanjian untuk menjadikan Dewan D'Mahligai Kompleks YJN sebagai lokasi terbaru yakni lokasi yang ke-12 bagi Felda D'Saji untuk mengadakan sebarang majlis.

Jemputan VIP
Jemputan VIP
Tan Sri Datuk Dr. Mohd Yusof Haji Md Noor, Pengerusi TV Al-Hijrah
Majlis perasmian ini telah selamat dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Mohd Yusof Bin Haji Md Noor, Pengerusi TV AL-Hijrah dengan begitu meriah.

Majlis menandatangai perjanjian persefahaman
Majlis menandatangai perjanjian persefahaman
Gimik perasmian
Gimik perasmian 
Menerusi perasmian ini, harga permulaan yang mereka berikan adalah sebanyak RM28.00 sekepala sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan apa jua majlis seperti majlis perkhawinan, pelancaran produk, seminar, mesyuarat dan apa jua majlis.

Pelamin indah untuk mempelai
Pelamin indah untuk mempelai 
Untuk pengetahuan korang, lokasi Dewan D'Mahligai Kompleks YJN yang terletak di Puncak Jalil yang boleh memuatkan seramai 400 orang untuk sesebuah majlis dan merupakan dewan yang berhawa dingin.

Pelamin ringkas tapi menawan
Pelamin ringkas tapi menawan
Selain itu tempat letak kereta PERCUMA dengan pengawal lalu lintas turut disertakan bagi memudahkan semua pengguna dewan ini. 2 lif serta tangga disediakan untuk tujuan pemunggahan barang untuk majlis sangat berguna untuk sesebuah majlis. Bilik persalinan, bilik menunggu VIP serta tandas dan bilik solat yang sangat selesa disediakan untuk kegunaan tetamu. Pendek kata semuanya yang disediakana dalah untuk tetamu yang menggunakan perkhidmatan Dewan D'Mahligai Kompleks YJN.


Dekorasi meja daripada Felda D'Saji
Dekorasi meja daripada Felda D'Saji
Dan yang paling best, bagi mereka yang datang luar dari Kuala Lumpur, mereka boleh menyewa bilik hotel sebanyak 80 buah bilik. Jadi tidak ada masalah untuk mengatakan tidak dalam melakukan sebarang majlis disini.

Bila sebut menu daripada Felda D'Saji, patik rasa korang pasti tak boleh nak sangkal sebab rasa menu mereka adalah terbaik dan mereka juga adalah antara karerer yang terbaik di Lembah Klang.

Buttered Prawn
Buttered Prawn
Siakap Harum Manis Bunga Kantan
Siakap Harum Manis Bunga Kantan
Ayam Percik
Ayam Percik
Nasi Minyak
Nasi Minyak
Tapai ais krim bersama buah-buahan
Tapai ais krim bersama buah-buahan

Kemeriah majlis ini disambung dengan sesi beramah mesra dengan Chef yang menyediakan menu-menu di Felda D'Saji ini. Selain itu, gimik sesi menepung tawar kepada pengantin jga diadakan. 

 Sesi beramah mesra bersama Chef Felda D'Saji
Sesi beramah mesra bersama Chef Felda D'Saji
Gimik menepung tawar mempelai
Gimik menepung tawar mempelai 
Tahniah diucapkan kepada Felda D'Saji diatas pembukaan lokasi terbaru yang ke-12 di Puncak Jalil ini. Bagi mereka yang tinggal disekitar Bukit Jalil, Sri Petaling serta Bandar Kinrara, korang memang bertuah kerana Felda D'Saji dah datang ke tempat korang dan mudahlah korang nak buat sebarang majlis di dewan yang serba lengkap ini.

Hidangan daripada Felda D'Saji
Hidangan daripada Felda D'Saji
Unutk makluman semua selain lokasi ini, korang boleh pilih 11 lokasi lain yang ada disekitar Lembah Klang dan semuanya adalah milik Felda D'Saji.

1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak KL
2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney KL
3. Felda Villa di Jalan Maktab
4. Casa Heloconia di Jalan Maktab
5. Dewan Gemilang Yayasan Felda Di Kelana Jaya
6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
7. Dewan Besar Tun Rahah Di Jalan Bukit Bintang
8. Orchard Villa di Desa Makmur Gombak
9. D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
10. Asmara Penchala di Kampung Sg Penchala
11. Kajang Perdana Avenue

Naahhh so macam mana? Korang dah boleh membuat pilihan lokasi korang untuk mengadakan sebarang majlis yeee. Sekali lagi terima kasih kepada pihak Felda D'Saji atas jemputan.

Rakan blogger di Majlis Sidang media Sempena Kolaborasi Yayasan Jabal Nur & Felda D'Saji
Untuk lebih lanjut korang boleh berhubung:
Telefon: 03-2698 8302 / 019-2111 601 (Encik Muhammad Muinuddin)
Email: muinuddin.dz@felda.net.my

Dewan D'Mahligai, Kompleks YJN
No.1 Jalan Jalil Perwira 2 off Jalan 3/155
Bukit Jalil, Kuala Lumpur 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN